Thursday, September 18, 2008

Zakat Fitrah

بسم الله الرحمن الرحيم



Assalamu'alaikum semua!

Hmm, pada khutbah Jumaat minggu lepas, khatib(Mr K) ada membicarakan tentang zakat fitrah..

Ya, Zakat Fitrah.



Apa itu Zakat Fitrah ya??


Zakat Fitrah adalah satu Ibadah yg mulia

Zakat ialah merupakan proses pembersihan diri dan satu cara untuk mendatangkan keberkatan kepada harta benda. Firman Allah SWT di dalam surah al-Taubah ayat : 103 yang bermaksud :

” Ambillah (sebagai) zakat dari sebahagian harta mereka (kerana) dengan zakat itu kamu membersih dan menyucikan mereka.”



Kemudian Sabda Rasulullah SAW pula :

” Zakat fitrah sebagai pembersih bagi orang yang berpuasa dari perbuatan sia-sia, dan dari perkataan buruk dan sebagai pemberian makanan kepada orang miskin. Maka barangsiapa mengeluarkan sebelum solat aidilfitri (sembahyang hari raya puasa) maka ia adalah zakat yang makbul (diterima) dan barangsiapa yang mengeluarkan sesudah solat aidilfitri, maka ia merupakan sedekah seperti sedekah-sedekah yang lain.”




Puasa ramadhan seseorang itu akan tergantung antara langit dan bumi melainkan setelah menunaikan kewajipan zakat fitrah. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW :

” Puasa bulan ramadhan itu tergantung antara langit dan bumi dan tidak dapat diangkat melainkan dengan mengeluarkan zakat fitrah.”







Sesungguhnya zakat fitrah itu ada mempunyai sepuluh keistimewaannya. Antaranya ialah :

  1. Membersihkan diri daripada dosa-dosa
  2. Menyelamatkan diri daripada neraka dan siksaannya.
  3. Menjadikan puasa ramadhan itu diterima (makbul)
  4. Melayakkan diri untuk mendapat nikmat syurga.
  5. Keluar daripada kubur di dalam keadaan aman.
  6. Segala kebajikan ditahun itu diterima.
  7. Layak untuk mendapat syafaat Rasulullah SAW di hari kiamat.
  8. Dapat melalui ” Siratul Mustaqin ” seperti kilat.
  9. Diberatkan timbangan kebajikan dihari pembalasan nanti.
  10. Diselamatkan oleh Allah SWT namanya (pengeluar zakat fitrah) daripada senarai nama orang-orang yang mendapat kecelakaan.
Lazimnya selepas solat Jumaat jemaah akan mmbayar Zakat Fitrah di Musolla As-Saad

Selain itu, perintah zakat fitrah itu mengandungi nilai-nilai hikmah kemanusiaan dan kemasyarakatan yang tinggi, antaranya ialah :

  1. Mengagihkan nikmat kesenangan, kemakmuran dan kekayaan itu kepada mereka yang kurang bernasib baik.
  2. Menanam perasaan bertanggungjawab, tolong-menolong dan bantu-membantu.
  3. Mengeratkan silatulrahim di antara mereka yang berada dengan mereka yang kurang bernasib baik.
  4. Mempamerkan konsep persaudaraan Islam yang sebenar.
  5. Menghilangkan jurang pemisah antara golongan yang berada dengan golongan yang kurang berada.
  6. Membuka jalan kepada golongan yang kurang bernasib baik dan tidak berada untuk bersama-sama meraikan hari raya aidilfitri.
  7. Membuktikan kesyukuran seseorang itu kepada Allah SWT dan lain-lain lagi.

Justeru itu, zakat fitrah adalah satu kefarduan dan tanggungjawab terhadap masyarakat. Ianya adalah salah satu daripada rukun Islam dan menjadi tanggungjawab tiap-tiap muslim menunaikannya dengan tidak mengharapkan apa-apa pembalasan dari yang menerima.



Haa..Amacam banyak kan hikmah2 membayar zakat ni kan?


So, ape lagi..tanyalah pada diri sendiri....Adakah anda sudah menunaikan kewajipan membayar zakat fitrah pada tahun ini ?


Tak pon tanye lah mak ayah dkat rumah tu,. mane la tau kot2 terlupa nk bayar zakat fitrah, Kita peringatkanla btol tak kawan2?? =)


masa masih ada, jangan sampai terlepas pulak smpai tak sempat mmbayar zakat fitrah..!


Hah, lagi satu, anda tau tak siapakah Amil(orang yg ditugaskan utk mengutip zakat) di Lembah Beringin nih??


Ya..Tak lain dan tak bukan, beliau adalah ulama' tersohor di bumi KYUEM Al-Fadhil Al-Ustaz Syeikh Malike Ibnu Shafie.(Ustaz Islamic studies kita tu la)



Pada yg sudah membayar tu tahniah la di ucapkan..Pada yg belum tu..Sila2 lah yer..! InsyaAllah segala hikmah mmbayar zakat ini akan dpt kita kecapi..

"Aku terima nikahnya si polan bt si polan dgn mas kawin rm 5 tunaiii...sah!" huhu(psst., tu lafaz nikah ke lafaz zakat Mr Azman?? alamak lariiikk.huhu)








p/s: Ustaz Malike..Amil atau Tok Kadi?? hehe...

No comments: