Sunday, August 31, 2008

Tawarikh 1 Ramadhan di KYUEM..(Tarawikh)



بسم الله الرحمن الرحيم




"Cepatla kak Ros!! kitorang nak pegi solat Tawarikh(tarawikh) nie.." jerit Upin dr bawah rumah..


"Kejap..~" balas kak Ros.suaranya tenggelam2 timbul mnjawab dr dlm bilik.


"Ala..., Make-up le tu.." rungut Upin menjuihkan mulutnya merungut ttg sikap kakaknya yg brlengah2 itu..



Salam 1 Ramadhan kpd para pembaca sekalian!


Teringat shumuri akan dialog dlm siri kartun (bukan Mira Katun) animasi Melayu Upin&Ipin yg chumel n manja dlm episod Ramadhan dan Raya ini tatkala selesai shj Solat Tarawikh pd mlm td.Sekaligus terimbau kembali saat2 manis serta kenangan2 indah di kala shumuri meniti seusia zaman kanak2.

Sahur, Puasa, Tawarikh(Tarawikh), Mercun, bunga api, kawan2, meriam tin, serbuk ka'bad, taman permainan, surau, moreh, rumah Ah Chai yg di baling mercun, tok siak yg merungut ttg budak2 yg buat bising,brmain aci kejar tawaf sekeliling surau, kemonyokan disbbkan keletihan brpuasa, merenung jarum jam dinding yg seolah2 kematian bateri.. dll


kartun kegemaran ramai..Upin & Ipin





Satu pengalaman yg indah dan tak akan terlupakan! Sungguh mencuit hati apabila dikenangkan kembali.

Berbalik kpd topik post kali ini, tadi cerita zaman kanak2, kini cerita zaman remaja.Ya, kalau zaman kanak2 begitu indah pengalaman nya.Tidak kurang juga, zaman remaja..ketika diri ini makin meningkat dewasa, banyak juga kenangan manis yg dilalui semasa mnjalani puasa Ramadhan Ramadhan,di KYUEM khususnya.Alhamdulillah malam td penyimpan mohor besar raja2 telah mngumumkan bhw esok puasa.Jadi, bermulalah solat tarawikh yg pertama dlm bulan Ramadhan di Kyuem yg di imamkan oleh Ustaz Malikie dan bilal oleh Syahir Sabri(che-er)

Solat Tarawikh 1 Ramadhan



Seperti tahun2 sebelumnya, solat Tarawikh di Musolla As-Saad akan diadakan sebanyak 8 raka'at dan 3 raka'at witir.Namun tidak mnjadi kesalahan utk buat 20, ttp scara individu slps slsai solat itu td. Kali ini Tarawikh di masjid2 serta surau di Selangor khususnya di KYUEM tampil dgn sedikit kelainan.Di bawah pentadbiran KERAJAAN BARU yg mntadbir negeri Selangor, JAIS telah menetapkan bhw bagi setiap masjid2 di Selangor, sesi Tazkirah ringkas semasa tarawikh adalah dibenarkan.Alhamdulillah, tidak spt sblm ini kerajaan melarang diadakan tazkirah semasa tarawikh di masjid2.

Tazkirah dibenarkan di bawah pentadbiran KERAJAAN BARU Selangor

Jadi slps selesai 4 rakaat Ustz Malikie pn meneruskan tazkirah ringkas beliau, yg isinya agak bagus utk kita renung2kan iaitu Salah Faham semasa bulan Ramadhan.InsyaAllah, syu'bah Multimedia Muscom akan memuatkan isi nya dlm blog Muscom dlm tmpoh trdekat ini

ruang solat Muslimat


Musolla kelihatan meriah utk Malam yg pertama ini.Moga2 kehadiran ini akan terus dapat Istiqamah oleh Ummat KYUEM utk malam2 akan datang, bukan shj dlm bulan Ramadhan malah lebih2 lg dlm bulan2 biasa.


Alhamdulillah.Ttp dapatkah ia bertahan?


Akhir kata semoga Istiqamah sepanjang Ramadhan!




"Biar sedikit asalkan berterusan, berbanding banyak tetapi semput di tengah jalan"




Bittaufiq wanNajah!

Ramadhan ini..

بسم الله الرحمن الرحيم

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan...!

بسم الله الرحمن الرحيم


185- Ramadan is the month of fasting during which the Qurans poignant disclosure was revealed to guide people into all truth; its clear revelations guide out of darkness and superstition and eliminate want of spiritual and intellectual vision into illumination and mental enlightenment, and its precepts are the standard to judge right or wrong. Therefore, he who grasps sight of the birth of the moon shall begin to fast. But he who is sick or proceeding on a journey shall fast the same number of days at a later time. Allah purposes to put you at ease and not make you experience discomfort. He wants you to complete the course of fasting so that you praise Allah and extol His glorious attributes for His guidance to the path of righteousness and that you may hopefully impel yourselves to feel gratitude.
" Ramadan is the month of fasting during which the Qurans poignant disclosure was revealed to guide people into all truth; its clear revelations guide out of darkness and superstition and eliminate want of spiritual and intellectual vision into illumination and mental enlightenment, and its precepts are the standard to judge right or wrong. Therefore, he who grasps sight of the birth of the moon shall begin to fast. But he who is sick or proceeding on a journey shall fast the same number of days at a later time. Allah purposes to put you at ease and not make you experience discomfort. He wants you to complete the course of fasting so that you praise Allah and extol His glorious attributes for His guidance to the path of righteousness and that you may hopefully impel yourselves to feel gratitude."Al-Baqarah:185


suasana petang sebelum ketibaan ramadhan


Assalamua'alaikum wbt.,

Ayat di atas adalah merupakan dalil yg mewajibkan ummat Islam utk berpuasa di bulan Ramadhan,Ulama' mengistimbatkan (menentukan) hukum wajib berpuasa di bulan Ramadhan berdasarkan kalimah 'Falyasumh' dlm ayat di atas(kalimah Arab adalah lebih elok dikekalkan tulisan arabnya itu dan tidak elok dirumikan krn akan terdapat perbezaan dr segi makhraj,tajwid serta makna),but, for this case shumuri merumikan juga dgn tujuan apa yg disampaikan adalah lebih significant dr kekeliruan kalimah dan blogger takde tulisan arab!(bolehlah sesape jdik inventor wujudkan tulisan arab dlm blogger nnti yer! hu2)

Berbalik kepada istimbat hukum, 'Falyasumh' brmaksud 'maka berpuasa lah kamu' adalah fe'el Mudhori'-kata kerja present tense..(look, how bad it is when we translate it to rumi) yg di sertai huruf 'Lam al Amr' (dlm kalimah Falyasumh ade huruf Lam perintah) yg menunjukkan perintah wajib berpuasa apabila tiba di bulan Ramadhan.Maka, hukum berpuasa sebulan di bulan Ramadhan adalah wajib apabila anak bulan ramadhan telah kelihatan.(fuh!mmg jawapan skema Pendidikan Syariah Islam mase SPM dlu nih. huhu)

Semoga Ramadhan tahun ini adalah lebih baik berbanding tahun2 sebelumnya.Dan di sini pihak shumuri ingin menyeru para pembaca sekalian agar meneliti semula pengertian puasa dr segi Istilah Syara':

Menahan diri dr makan dan minum serta segala perkara yg membatalkan puasa bermula dr terbit fajar hingga terbenam matahari dgn disertai niat

( shumuri wonder how about senior who gonna fly in the middle of sept which means in the middle of Ramadhan too, how do they practise fast in abroad where the day is longer than night, what a memorable experience!)Shumuri ingin mengajak pembaca sekalian utk kembali meneliti pengertian 'menahan diri' dr segala yg mmbatalkan puasa, seboleh2nya tahun ini marilah kita berazam agar puasa kita bukan sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi lebih kepada menahan nafsu kita, tindak tanduk kita drpd segala yg brcanggah dgn tuntutan Islam 'menahan diri' juga adalah satu bentuk tarbiyah kpd kita.Inilah tarbiyah Ramadhan! yg disediakan oleh Allah utk perbaiki diri, semoga puasa kita bukan skadar peroleh penat lapar dan dahaga.


So, Pihak Shumuri dgn penuh rasa takzimnya mengucapkan

SELAMAT BERPUASA DAN MENGHADAPI RAMADHAN AL-MUBARAK 1429H !


kepada semua pembaca setia blog shumuri sama ade senior mahupun junior, sama ada di kyuem mahupun di luar sana,kerana di mana jua anda berada yang paling penting sekali kita sama2 memiliki aqidah yg sama, kepercayaan yg sama dan Ad-Din yg hakiki,.Kita harus bersyukur krn dikurniakan nikmat yg amat besar ini.Alhamdulillah..


petang sblm Ramadhan-cantiknya pic(not edited tau!)


p/s:makan puas2 hari ni esok tak bleh dah..haha..berpuasa di kyuem smemangnya mmbawa satu kenangan yg indah dan yg tak akan terlupakan! nantikan perkembangan sepanjang Ramadhan di KYUEM di shumuri.blogspot!

Thursday, August 28, 2008

Pabila langit mula mendung..

بسم الله الرحمن الرحيم




rintik hujan, daun kebasahan(mestica)

Bila langit mula mendung, kekadang terdengar
bebelan orang-orang di sekeliling kita "Cuaca
buruk je akhir-akhir ni ye.." Soalnya, kenapa hujan
dikatakan cuaca buruk?

Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh
bila hari hujan?

- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap hari hujan...susah la mcm ni
- Payah nak buat apa2 kalau hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!


Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik
digantikan dengan doa :

"Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan
kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).



Hakikatnya, hujan itu rahmat.

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin
sebagai pembawa berita yang mengembirakan
sebelum kedatangan rahmatnya iaitu hujan),
hingga apabila angin itu membawa awan
mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati
(ke daerah yang kering kontang), lalu Kami
turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami
keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai
jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami
mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-
orang yang telah mati, supaya kamu beringat
(mengambil pelajaran daripadanya)." (Al-A'raf :
57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan

Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak
lagi.

Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?

"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je
bermuram ni..?" Macam biasa dengar ayat tu
kan? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan
suasana muram/tak best. Kesian hujan.

Sedarkah kita? Bila hujan turun, rahmat
dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun
pernah pesan, bila hujan turun, doa mustajab.

Sekarang ini, hujan turun x menentu..
cam kat kyuem ni,
kdg2 panas, tup2,
hujan pula petang tu..
Jadi, ambillah peluang ketika hujan tu utk berdoa..
time hujan lebat adlh slh satu ms doa
mustajab.. Kenapa lepaskan peluang dengan
keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang
terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan
menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-
Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga hari ini lebih baik
dari semalam. Dan semoga, hari esok akan lebih
baik.. Dalam ilmu tasawwuf dan ilmu-ilmu fardhu
Ain lain pun ada juga mengingatkan kita tentang
kebijaksanaan Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud :

"Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan
sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia
tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami
sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-
Mukminun : 18)


Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA
SUKATAN. Baru hari ini kita tahu, bahawa Allah
turunkan hujan lebat kepada kita sekarang ini ada
sebabnya, ada sukatannya. Kemudian, air itu
akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua
rahsia Allah

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa
air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami
menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami
berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu
yang (berkuasa menurunkannya atau)
menyimpannya." (al-Hijr : 22)


Semoga ada iktibar untuk peringatan kita.

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit
dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan
segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia
serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah),
Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang
kamu lakukan." (Surah Hud : 123)


wallahua'alam

hujan itu rahmat, kadangkala boleh mnjadi bala pd mereka yg tak bersyukur



p/s: Justeru,.
syukurilah nikmat hujan.!shumuri jgk kkadang 'hujan' sendirian dgn dugaan yg berat dlm hidup ini..Ya Allah tabahkanlah hati hambaMu ini..

Teman

بسم الله الرحمن الرحيم




teman




Apabila kau ingin berteman,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kau mungkin akan menjauhinya.


Andai kau ingin berteman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kau akan membencinya


Andai kau ingin sahabat yang satu,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kau mungkin akan memfitnahnya.


Andai kau ingin seorang teman,
Janganlah kerana sifat cerianya
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kau mungkin kan menyalahkannya.



Andai kau ingin bersahabat,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang sahabat,
Yang hanya manusia biasa..



Jangan diharapkan sempurna
Kerana kau juga tidak sempurna..
Tiada yang biasa-biasa,
Menjadi satu yang sempurna.



Tapi bersahabatlah kerana Allah
Bersahabatlah kerana aqidah Islam
Bersahabatlah kerana kita saudara fillah,
Yang sama-sama dinaungi Islam.



Allah telah berpesan,
Innamal mu’minunal ikhwah,
Sudah jelas pesanan
Kita semua bersaudara sedarah…

Jadi sahabatku,
Bersahabatlah kerana Allah,
Kerana kau dan aku..
Hanyalah seorang `abdullah.,




`Abdullah itu, sahabatku
Tidak punya apa-apa,,
Melainkan hanya satu,
Itulah Allah yang Esa.,


Maafkanlah kesilapannya,
Kerana kau juga banyak silap,
Raikanlah kelebihannya,
Dia raikan dirimu terlalu acap.



Berlapang dadalah sahabat.
Kerana itu serendah ukhwah
Berkorbanlah sahabat,
Kerana itu setinggi ukhwah.



Marilah sahabat,marilah temanku,
Kita pupuk persaudaraan bersama,
Persaudaaraan kerana Ar Rahman Ar Raheem,
Supaya kita bersama ke syurgaNya..



Itulah setinggi harapan,
Bersama bersua di syurga indah,
Moga doa dimakbulkan tulus ini,
Bertemu berpisah kerana Allah

Wednesday, August 27, 2008

Pengumuman: INTERFAITH TALK 2008


Assalamua'alaikum,.
Salam Kemenangan dari Permatang Pauh!


Bersua lagi kita sekembali dari cuti yg seminggu cuma lamanya..
Di sini pihak Shumuri ingin menguar2kan perihal Interfaith Talk yg akan dijalankan pd malam ini.Buat julung2 kali diadakan Interfaith Talk di KYUEM ini anjuran Student Council di bawah kelolaan Secretary SC saudari Ili Diyana.Syabas diucapkan pd SC!
Mereka turut mngambil dan mngimport student2 lain dr 4 agama yg berbeza sbg subkomiti bg program ini.terdiri drpd Muslim,Kristian, Hindu n Buddha.


Maaf agak terlambat pengumuman ini.Walaubagaimanapun, masih ada ruang utk menghebah2kannya, Interfaith seperti ini mmg jarang2 berlaku di Malaysia, mmg sukar mndapat peluang sebegini.Jadi ambil lah peluang ini utk mnimba ilmu ,pengalaman serta mnambahkan keimanan serta kepercayan trhadap Aqidah kita sendiri!
Berikut adalah details brkenaan program pd malam ini.



INTERFAITH TALK 2008



Theme:The Basis Of Religious Belief
Date: 27th August 2008(Wednesday)
Time:8.00-11.15 pm

Moderator: CEO KYUEM Encik Zaki.

Panelist:

1) Mr. Shah Kirit B. Kakulal Govindji (Islam)


2)Mr. Tan Yu Chai (Christianity)


3)Mr. N. Thiruvassagam (Hinduism)


4) Ms. Jamie Khoo (Buddhism)





4 different beliefs,4 different faith, ONE mesagge

Jadi kepada semua pembaca di jemput hadir ke program malam ini, tidak kiralah sama ada yg berada di kolej ataupun orang dari luar, termasuklah Superseniors!Bawaklah keluarga bersama2.. interfaith talk seperti ini mmg jarang2 diadakan di mana2 pun krn sesuatu yg agak sensitif, tetapi Alhamdulillah,. atas inisiatif SC tahun ini kita berpeluang mnrasainya pd tahun ini.Syabas dan Tahniah sekali lagi kpd SC 08/09 terutamanya kpd saudari Ili Diyana,project manager.


Semoga kita dapat sesuatu yg bermanfaat pada malam nanti, disamping menjadi medan dakwah kita terhadap non muslim, tanyalah soalan2 yg akan mmberi impak serta kesan kpd non muslim ttg kepercayaan mereka.Mana tahu, soalan2 yg diajukan mungkin akan mngusik sedikit kesedaran serta menimbulkan keraguan trhadap apa yg mereka yakini selama ini.Sekaligus satu usaha dakwah kita terhadap mereka.Tetapi apa yg lebih utama adalah agar kita sendiri sebagai Muslim akan sekaligus Bertambah keimanan kita trhadap apa yg kita anuti.drpd tak tahu kpd tahu, drpd tak yakin kpd yakin, drpd yakin kpd lebih yakin InsyaAllah..







p/s: terkejutnya shumuri apabila mendapat tahu moderator program adalah Encik CEO itu sendiri.Pastinya program pd malam ini agak grand dan bukan calang2..Mari memeriahkan beramai2..!

Tuesday, August 26, 2008

SHUMURI bukan milik individu..!!



***Shumuri BUKAN milik individu!!***


***Shumuri juga BUKAN Muscom!!***


Shumuri punyai matlamat dan objektifnya tersendiri
Juga ahli2 nya yg tersendiri..
TERSENDIRI ya! bukan SPECIAL!!



**HARAP MAKLUM!!**


bukan shumuri..

Thursday, August 21, 2008

Sekitar IAW 08



بسم الله الرحمن الرحيم




promotion board yg di letakkan di acad blok sungguh kreatif


Naufal aka Stabilo aka stab mewakili Sapphire dalam Hafazan ex- SAMBEST

Inilah johan bagi kedua2 kategori Tilawah dan Hafazan male saudara Muiz dr Diamond Jr ex-Asis


Saudara Syakir dr Garnet tekun berlatih tilawah manakala jemaah lain khusyuk meneliti ayat2 yg dibaca oleh para peserta di hadapan

Saudara Amir junior Dolah di SOKSEK mewakili Topaz

Brother Anuar bersama Isteri slps Interfaith Talk

Mr Small begitu berminat dgn perbincangan mengenai interfaith pd malam itu

Ukhwah the Simphony of Unity: Ustaz Malike, Bro Anuar n Mr Small

Sebelum acara Closing Ceremony


Khutbah Jumaat

Musolla Slps Jumaat

Gambar Hiasan

Tuesday, August 19, 2008

Asal Ibadat Adalah Haram

بسم الله الرحمن الرحيم




ibadah

“Jom solat Maghrib”, ajak Leman.

“Boleh jugak, jom. Tapi aku nak solat Maghrib hari ni lima rakaat tau,” balas Dollah.

“Uik, kau biar betik. Ni paham songsang mana pulak yang ajar Maghrib ada lima rakaat ni?” Leman tersedak mendengar permintaan pelik tersebut.

“Eh, apa salahnya. Kalau ikut logik, bukan ke solat lima rakaat aku lebih banyak dari solat tiga rakaat biasa. Kalau kita nak pahala lebih, buatlah lebih. Semua pun tau lima lagi banyak dari tiga. Lagipun niat aku ikhlas,” Dollah berhujah mempertahankan keinginannya untuk ‘menambah ibadahnya’.

“Kau hilang akal ke, tak pernah orang buat solat Maghrib lima rakaat. Kau sakit apa pulak ni?” tanya Leman kehairanan.

“Orang tak nak buat biarlah,” jawab Dollah selamba.

“Masalahnya bukan je orang biasa tak pernah buat. Nabi pun tak pernah solat Maghrib lebih daripada tiga rekaat!” ujar Leman.

“Ye la Nabi tak buat, Nabi darjat dia dah tinggi, dah dijamin syurga. Kita yang tak tentu lagi masuk syurga ni kenalah lebih sikit usaha. Lagipun ada ke hadis dari Rasulullah secara direct larang orang nak solat Maghrib lebih dari tiga rakaat?” Dollah meminta bukti.

Cerita di atas adalah sekadar imaginasi saya. Namun inti kisah itu adalah realiti walaupun mungkin dengan contoh berbeza. Umat Islam yang tidak faham suatu kaedah penting dalam Islam pasti mudah terjatuh dalam kesilapan seperti watak Dollah. Mungkin ada yang pernah mendengarnya mungkin ada yang tidak tentang kaedah yang akan saya kongsi. Kaedah yang dimaksudkan dan lazim keluar dari lisan-lisan para ulamak lebih kurang berbunyi,


اَلْأَصْلَ فِي اَلْعِبَادَةِ اَلتَّوَقُّف

“Asal setiap ibadah itu tawaquf (berhenti hingga ada dalil)”


Apa yang dimaksudkan adalah, asal hukum setiap ibadah khusus itu adalah terlarang melainkan ada dalil yang mengarahkannya. Kita tentu dilarang solat Maghrib tiga rakaat sekiranya tidak ada dalil yang menyuruh ia dilakukan sedemikian. Hari ini kita bersolat Maghrib tiga rakaat tidak lain kerana adanya dalil yang menyuruh demikian (tiga rakaat).

Ambil contoh kes daripada dialog di atas tadi. Solat Maghrib lima rakaat adalah asalnya terlarang. Apakah ada dalil membenarkannya? Tidak, maka ianya kekal terlarang.

Kaedah ini tidak terhad sekadar untuk solat, tetapi merangkumi semua bentuk ibadah khusus. Ianya bukanlah satu kaedah yang reka-rekaan tanpa rasional. Ibadah khusus adalah urusan antara seorang manusia dengan Tuhannya. Seseorang itu tidak mungkin tahu bagaimana cara terbaik untuk mengibadahi Tuhannya, melainkan diberitahu oleh Tuhan itu sendiri. Dan tentulah melalui kalamNya, al-Quran atau utusanNya, Rasulullah SAW. Malah jika dilihat, bukankah itu adalah antara tujuan diutuskan seorang wakil atau utusan kepada Tuhan di muka bumi ini?

Ianya senada dengan sabda baginda SAW,


من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو رد

“Siapa yang melaksanakan suatu amalan yang bukan termasuk urusan (agama) kami maka dia tertolak” [Sahih Muslim – no: 1718]


Mungkin ada yang tertanya pula, kalau begitu bagaimana dengan urusan-urusan kebiasaan manusia di dunia ini? Banyak yang tidak dibenarkan oleh dalil secara khusus. Disini terdapat satu lagi kaedah,


الاصل في المعاملات الإباحة إ لا ما دل عليه دليل بالحرمة

“Hukum asal di dalam muamalah adalah boleh kecuali ada dalil yang mengharamkannya”


Kaedahnya kontras dengan kaedah terhadap ibadah khusus sebentar tadi. Yang mana dalam urusan kebiasaan di dunia yang melibatkan sesama manusia, segalanya pada asalnya harus. Hukumnya hanya berubah seandainya terdapat dalil mengharamkannya.

Saya akhiri dengan memetik kata-kata Syaikh Abd al-Rahman as-Sa’adi yang saya rasa memberikan kesimpulan kepada apa yang sudah disebutkan sebelum ini.


الأصل في العبادات الحظر ؛ فلا يشرع منها إلا ما شرعه الله ورسوله ، والأصل في المعاملات والاستعمالات كلها الإباحة ; فلا يحرم منها إلا ما حرمه الله ورسول

“Asal hukum dalam ibadat adalah dilarang; maka tidak disyariatkan daripadanya melainkan apa yang disyariatkan oleh Allah dan rasul-Nya, manakala asal hukum di dalam muamalat dan kepenggunaan seluruhnya adalah harus; maka tidak diharamkan melainkan apa yang diharamkan oleh Allah dan rasul-Nya”


Moga selepas ini kita sudah mampu tidak banyak pun sedikit, beribadah dengan ilmu.

Wallahua’lam.


alFaisal
Kuala Lumpur
22 Julai 2008 / 19 Rejab 1429
12.00 am
http://demipena.blogspot.com

Monday, August 18, 2008

Jika Aku Mati..

بسم الله الرحمن الرحيم


"...Maka apabila telah tiba waktunya (yang ditentukan) bagi mereka, tidaklah mereka dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak (pula) mendahulukannya."-An-Nahl,61

di Akhir sebuah kehidupan


Jika Aku Mati ..



Jika hari ini aku ditakdirkan mati ,
Tiadalah apa yang mampu ku pinta ,
Melainkan keredhaan darinya .


Jika hari ini aku ditakdirkan mati ,
Tiada air mata akan kutitiskan ,
Selain kata pujian pada Mu Illahi.


Jika hari ini aku ditakdirkan mati ,
Satu doa akan kutinggalkan ,
Bawalah ibubapaku ke dalam syurgaMu , ya Illahi.


Jika hari ini aku ditakdirkan mati ,
Akanku pancarkan senyumanku ,
Menanti saat itu .


Jika hari ini aku ditakdirkan mati ,
Akan kulari padanya ,
Mencurahkan rasa hati.


Jika hari ini aku ditakdirkan mati ,
Akan ku tatap wajah ayah bondaku ,
Sehingga saatku mati .


Jika hari ini aku ditakdirkan mati ,
Pastiku dongak ke awan ,
Mencari .... kemanakah aku nanti ...


Saatnya akan tiba..

p/s: lalai dek keseronokan dunia, Shumuri semakin lupa bahawa rupa2nya semuanya bakal berakhir..bukannya kekal..tipu rupa2nya dunia ini, begini rupanya pengakhiran sebuah kehidupan..shumuri kembali sedar..ke mana amal? terjaga kah dosa?

Friday, August 15, 2008

Tuhan takde ke??

بسم الله الرحمن الرحيم














Mencari Tuhan




Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu
ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..

Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.*hilarious**hilarious*

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh,mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.
Amin : cikgu ada kan?
Murid-murid : ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampak.
Amin : cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak ada.


Saturday, August 9, 2008

Tatkala Hati memisahkan Qada' dan Qadar..

بسم الله الرحمن الرحيم





"Sesungguhnya Allah memakbulkan doa Orang2 beriman dalam tiga cara,

Dia berkata 'Ya' maka Dia kurniakan apa yang kita mahukan,

Dia berkata 'Tidak' maka Dia akan kurniakan sesuatu yang lebih baik,

Dia katakan 'Tunggu' maka Dia akan kurniakan pada masa yang sesuai~"


Allah Maha Pemurah..


*buat renungan dan muhasabah utk shumuri, para seniors dan rakan taulan..Terima Kasih pada yg mendoakan..Semoga Allah membalas budi kalian.!

Friday, August 8, 2008

Sekitar IAW 2008 Opening Day..


بسم الله الرحمن الرحيم




Ukhwah:The Symphony of Unity(theme IAW 2008)

Banner yg dipasang di hadapan RC

Kegamatan dewan mendengar Ucapan Mr Small yg petah bermain kata

deco

Persiapan padang utk sukaneka esok(sabtu)Beriadah boleh merapatkan ukhwah

Kucing ini setia menanti majlis pembukaan IAW08 sejak awal pagi lagi (gambar di ambil selepas subuh)
Di sini para staff,teachers, student, anak2 staff bakal berentap utk sukaneka



Pagi Jumaat yg cerah dan indah memberikan permulaan yg baik kpd 1 minggu yg berfaedah


IAW has begun!

Tuesday, August 5, 2008

Usrah: Kalimah Cinta Vs Kalimah Syahadah!


بسم الله الرحمن الرحيم




gambar dicilok dr seorang seorang penyokong shumuri..hehe..tq bro!


Assalamu'alaikum semua!

Shumuri datang lagi dengan dalam episod usrah mingguan,! Iaitu tentang rukun Islam yang pertama which is mengucapkan dua kalimah syahadah,,


Hmm..kali ni takpelah,, pihak shumuri tak nak mengulas panjang2 tentang usrah kita..bagi anda yg ingin mndapatkan info ttg usrah semalam boleh terus ke blog muscom..ataupun utk lbih mudah boleh terus klik link di bawah ini..


http://muscom.iluvislam.com/?p=739


Di bawah ini adalah sepintas lalu tentang keadaan usrah semalam..



Aktiviti:SURAT CINTA


"Kekasihku..
Dikaulah Cinta pertamaku..
Kaulah satu-satunya cintaku..
Tiada yg ku kasih melainkan kamu..

Oh Cintaku..

Ingin sekali ku menatap wajahmu.,
setiap hari dan setiap waktu..

Kaulah sumber aspirasiku..
Ku ingin melihat kau gembira selalu..
Berada di sampingMu setiap waktu..
dan menjaga diriku di waktu gelapku..


Percayalah sayangku diriku hanya untukmu..
percayalah sayangku,,
aku hanya cinta pada mu..

Engkaulah satu2 nya yang bertakhta di hatiku..
Yang ku pilih menjadi teman hidupku.."-8.30malam,5 ogos 2008


Sebahagian daripada surat2 cinta yang dinukilkan oleh ahli2 usrah semalam


Wah! sungguh syahdu nukilan surat cinta ini ya!
Barangkali sudah cair kekasih2 yg mendengar kalimah2 cinta ini..
TAPI
Jangan salah faham yer, ia bukanlah utk ditujukan pada sesiapa tetapi untuk menunjukkan bagaimana feeling dan sungguh2 nya ayat2 ini dilafazkan..
Begitulah jua kalimah rukun islam yang pertama itu dilafazkan..
KALIMAH SYAHADAH..!




wah3..khusyuk sungguh abang2 ni menulis surat cinta..kpd siape ye??
huhu



ape lagi..layan je la bang..menulis surat cinta kpd kekasih hati..



amboi2..macam berpengalaman jer abang sorang ni..macam tulis surat cinta betul2la plak..hehe..layan jgn tak layan







p/s: dewasa ini semakin ramai yg tertanya2 siapakah shumuri sebenarnya??..Jgn risau..bersempena dengan revealation night petfamily pada malam ini..pihak shumuri akan menjawab persoalan tersebut pada post yg akan datang...occay! harap2 tiada yg tertanya2 dah yer..hehe..hidup biar ceria!

Sunday, August 3, 2008

Part II: "Aku Seekor Ikan.."

بسم الله الرحمن الرحيم







Assalamu'alaikum semua!

Seperti yang telah dijanjikan inilah sambungan ceramah part I Israk Mikraj oleh Ustz Adlen..Kali ini Shumuri tertarik untuk mengulas part di mana ustaz menganalogikan kita manusia biasa ini sebagai seekor ikan..Sebelum meneruskan pembacaan ini, para pembaca sekalian diingatkan agar membayangkan serta imagine bahawa diri masing2 adalah seekor ikan just like when we are in primary school when we write a biography about "Aku sebatang Pensel" or "Aku Sebuah Kereta" They are very close related to what shumuri gonna write after this Now, imagine "Aku Seekor Ikan"..okey..Selamat membaca! dan Semoga bermanfaat!


http://www.mukmin.info/alquran/17_001.gif
"Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsha yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"-Al-Israa;1.



Now everyone know that the above verse of Sura Al Israa is the dalil about Israk Mikraj.Di saat ramai yang masih meragui tentang kebenaran perjalanan Rasulullah dr Mekah ke Baitul Maqdis dan dr Baitul Maqdis ke Sidratul Muntaha, even orang Islam sendiri yg katanya beriman juga merasakan bahawa peristiwa itu tidak lain hanyalah perjalanan roh nabi dalam bentuk mimpi yg di bawa hingga ke langit.Perkara ini ditambah lagi apabila nabi turun dari langit lalu menceritakan hal yang pelik ini kepada orang lain.Lantas siapakah yg ingin percaya terhadap kata2 nabi yg hanya merupakan seorang manusia pergi ke satu tempat yg jauh dalam tempoh satu malam sahaja! Jikalau anda, adakah anda percaya?!

Sekarang mari kita teliti semula dalil tersebut, apa yg dihighlightkan oleh Ustaz adlen ialah terhadap perkataan "MAHA SUCI ALLAH yg telah MEMPERJALANKAN HAMBANYA" dalam ayat tersebut.Sekaligus secara terang terangan menjadi bukti bahawa Allah lah yg memperjalankan Rasulullah pd malam itu.Dengan kuasa Allah jugalah Nabi Muhammad SAW bergerak dari satu tempat ke satu tempat yg lain dlm tempoh satu malam bukan dengan upaya dirinya.Lantas tidak kah ini cukup untuk memberitahu kita bahawa Allah adalah yang Maha Kuasa boleh melakukan perkara yg luar dari batasan ilmu kita.Tidak Yaqinkah Kita?!


Aku Seekor Ikan



AKU SEEKOR IKAN

Dan bermulalah Al-Kisah Aku Seekor Ikan.baiklah, sekarang pembaca sekalian hendaklah membayangkan diri masing2 menjadi seekor ikan.Anda adalah seekor ikan yang tinggal tidak lain hanyalah di petak2 sawah padi yg terbentang luas, di kolam2 sebuah bekas lombong,mahupun di dalam akuarium buatan di rumah.Tinggal bersama saudara mara ikan, serta kerabat dan kawan2 ikan.Rutin yang anda lakukan adalah terhad di dalam dunia akuatik anda bersama masyarakat2 ikan yang harmoni dan saling bantu-membantu(umpamanya).


Anda hidup sebagai seekor ikan yang bahagia.



Namun. Pada suatu hari, Pak Mail yg merupakan pemilik ikan2 tersebut, iaitu tuan kepada anda, dengan tak semena-menanya mengeluarkan anda dari kolam ikan tersebut lalu meletakkan anda ke dalam satu balang berisi air.Anda mungkin berasa sangat terkejut kerana it is 1st time in your life dikeluarkan sedemikian rupa.Namun, ia tidak berakhir di situ.Pak Mail kali ini membawa anda mengelilingi rumahnya.Wah, macam2 anda dapat lihat lihat.Anda mungkin bermonolog "Rupa2nya ada dunia lain lagi selain dunia ikan yang aku tinggal itu." Kerana sebelum ini dengan keluasan kolam itu pun kadangkalanya masih tidak dapat diteroka, inikan pula dunia daratan halaman rumah Pak Mail!


Anda mungkin menyangka bahawa itu pengakhirannya.Sayangnya ia sama sekali tidak, kali ini Pak Mail membawa anda memasuki sejenis jentera mesin yang bernama kereta.Wah! kali ini memang benar2 sukar untuk percaya apa yg berlaku.Ditambah pulak selepas itu, Pak Mail membawa ande menaiki kereta meronda sekeliling kampung,Kampung Lembah Beringin contohnya(wujudke?) selepas itu mungkin ke bandar Metropolitan Kuala Lumpur.Bertambah excitedlah anda melihat gergasi2 batu dan besi di kiri kanan jalan (bangunan2).Rupa2 nya banyak perkara lain lagi yg tidak di ketahui oleh anda sang ikan, yang menyangka bahawa dunia ini adalah dunia ikan semata2, sebelum Pak Mail membawa anda keluar.





CERITA PADA KAWAN


Akhirnya, Pak Mail pun membawa anda pulang, hari masih lagi cerah.wah, perjalanan ini tak mengambil masa lama pun! walau tempat yg dilawati adalah beribu2 batu dari kolam ikan yg anda duduki.Sesampainya di rumah, Pak Mail mengembalikan anda ke dalam kolam.Lantas, kerana begitu ajaibnya(yg sebenarnya takde seajaib mana pun dalam dunia manusia) apa yg berlaku pada dirinya sebentar tadi serta apa yang dilihat dalam perjalanan jauhnya tadi, anda pun ceritakan pada orang ramai masyarakat kampung anda, tentang apa yang anda lihat.


Adakah masyarakat ikan di kolam itu mempercayai anda??


Ikan2 yang sudah hidup lama semenjak dr zaman dr nenek moyang di kolam itu sudah tentu dengan spontannya lansung tidak mempercayai walau sedikitpun dari apa yang dituturkan oleh anda, malah menganggap bahawa anda gila! Akhirnya tinggal lah anda keseorangan serta beberapa kawan baik yg begitu mempercayai anda..



Bayangkan itu yang berlaku pada anda sang ikan, perkara yang memang benar2 berlaku tetapi tetap tiada yg percaya dek kerana merasakan dunia yg mereka duduki itu hanyalah satu2nya tempat di dunia ini tanpa menyedari bahawa ada lagi dunia Pak Ismail yg mungkin jauh dr logik akal anda seorang ikan mempercaya melainkan anda lihat sendiri.Jadi, kalau kawan2 ikan itu dari puak2 Abu Jahal memang sampai mati pun tak akan percaya.Tetapi jikalau kawan2 itu dari kalangan sahabt nabi seperti Abu Bakar As-Siddiq tentu sahaja akan mempercayai setiap butir perkataan yg keluar dari mulut anda..


Sekian.


Sekarang boleh return kepada manusia normal.cerita dah habis.occay!.Inilah antara pengisian yang dapat dikongsikan oleh pihak Shumuri berkenaan ceramah pd malam itu..Sekian, Semoga bermanfaat!






p/s: Cerita "Aku Seekor Ikan" ini mengingatkan shumuri ttg karangan yg dibuat time skolah rendah dahulu..Terkesima mendengar analogi ustaz, benar juga ya. MasyaAllah.. bayangkan anda seekor ikan!