بسم الله الرحمن الرحيم
Bila langit mula mendung, kekadang terdengar
bebelan orang-orang di sekeliling kita "Cuaca
buruk je akhir-akhir ni ye.." Soalnya, kenapa hujan
dikatakan cuaca buruk?
Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh
bila hari hujan?
- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap hari hujan...susah la mcm ni
- Payah nak buat apa2 kalau hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!
Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik
digantikan dengan doa :
"Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan
kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).
Hakikatnya, hujan itu rahmat.
"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin
sebagai pembawa berita yang mengembirakan
sebelum kedatangan rahmatnya iaitu hujan),
hingga apabila angin itu membawa awan
mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati
(ke daerah yang kering kontang), lalu Kami
turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami
keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai
jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami
mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-
orang yang telah mati, supaya kamu beringat
(mengambil pelajaran daripadanya)." (Al-A'raf :
57)
Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan
Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak
lagi.
Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?
"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je
bermuram ni..?" Macam biasa dengar ayat tu
kan? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan
suasana muram/tak best. Kesian hujan.
Sedarkah kita? Bila hujan turun, rahmat
dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun
pernah pesan, bila hujan turun, doa mustajab.
Sekarang ini, hujan turun x menentu..
cam kat kyuem ni,
kdg2 panas, tup2,
hujan pula petang tu..
Jadi, ambillah peluang ketika hujan tu utk berdoa..
time hujan lebat adlh slh satu ms doa
mustajab.. Kenapa lepaskan peluang dengan
keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang
terbuka?
"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan
menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-
Qamar : 11)
Maka, BERDOALAH. Semoga hari ini lebih baik
dari semalam. Dan semoga, hari esok akan lebih
baik.. Dalam ilmu tasawwuf dan ilmu-ilmu fardhu
Ain lain pun ada juga mengingatkan kita tentang
kebijaksanaan Allah.
Lihatlah firman Allah yg bermaksud :
"Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan
sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia
tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami
sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-
Mukminun : 18)
Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA
SUKATAN. Baru hari ini kita tahu, bahawa Allah
turunkan hujan lebat kepada kita sekarang ini ada
sebabnya, ada sukatannya. Kemudian, air itu
akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua
rahsia Allah
"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa
air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami
menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami
berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu
yang (berkuasa menurunkannya atau)
menyimpannya." (al-Hijr : 22)
Semoga ada iktibar untuk peringatan kita.
"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit
dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan
segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia
serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah),
Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang
kamu lakukan." (Surah Hud : 123)
wallahua'alam
p/s: Justeru,.syukurilah nikmat hujan.!shumuri jgk kkadang 'hujan' sendirian dgn dugaan yg berat dlm hidup ini..Ya Allah tabahkanlah hati hambaMu ini..
No comments:
Post a Comment