Sunday, August 3, 2008

Part II: "Aku Seekor Ikan.."

بسم الله الرحمن الرحيم







Assalamu'alaikum semua!

Seperti yang telah dijanjikan inilah sambungan ceramah part I Israk Mikraj oleh Ustz Adlen..Kali ini Shumuri tertarik untuk mengulas part di mana ustaz menganalogikan kita manusia biasa ini sebagai seekor ikan..Sebelum meneruskan pembacaan ini, para pembaca sekalian diingatkan agar membayangkan serta imagine bahawa diri masing2 adalah seekor ikan just like when we are in primary school when we write a biography about "Aku sebatang Pensel" or "Aku Sebuah Kereta" They are very close related to what shumuri gonna write after this Now, imagine "Aku Seekor Ikan"..okey..Selamat membaca! dan Semoga bermanfaat!


http://www.mukmin.info/alquran/17_001.gif
"Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsha yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"-Al-Israa;1.



Now everyone know that the above verse of Sura Al Israa is the dalil about Israk Mikraj.Di saat ramai yang masih meragui tentang kebenaran perjalanan Rasulullah dr Mekah ke Baitul Maqdis dan dr Baitul Maqdis ke Sidratul Muntaha, even orang Islam sendiri yg katanya beriman juga merasakan bahawa peristiwa itu tidak lain hanyalah perjalanan roh nabi dalam bentuk mimpi yg di bawa hingga ke langit.Perkara ini ditambah lagi apabila nabi turun dari langit lalu menceritakan hal yang pelik ini kepada orang lain.Lantas siapakah yg ingin percaya terhadap kata2 nabi yg hanya merupakan seorang manusia pergi ke satu tempat yg jauh dalam tempoh satu malam sahaja! Jikalau anda, adakah anda percaya?!

Sekarang mari kita teliti semula dalil tersebut, apa yg dihighlightkan oleh Ustaz adlen ialah terhadap perkataan "MAHA SUCI ALLAH yg telah MEMPERJALANKAN HAMBANYA" dalam ayat tersebut.Sekaligus secara terang terangan menjadi bukti bahawa Allah lah yg memperjalankan Rasulullah pd malam itu.Dengan kuasa Allah jugalah Nabi Muhammad SAW bergerak dari satu tempat ke satu tempat yg lain dlm tempoh satu malam bukan dengan upaya dirinya.Lantas tidak kah ini cukup untuk memberitahu kita bahawa Allah adalah yang Maha Kuasa boleh melakukan perkara yg luar dari batasan ilmu kita.Tidak Yaqinkah Kita?!


Aku Seekor Ikan



AKU SEEKOR IKAN

Dan bermulalah Al-Kisah Aku Seekor Ikan.baiklah, sekarang pembaca sekalian hendaklah membayangkan diri masing2 menjadi seekor ikan.Anda adalah seekor ikan yang tinggal tidak lain hanyalah di petak2 sawah padi yg terbentang luas, di kolam2 sebuah bekas lombong,mahupun di dalam akuarium buatan di rumah.Tinggal bersama saudara mara ikan, serta kerabat dan kawan2 ikan.Rutin yang anda lakukan adalah terhad di dalam dunia akuatik anda bersama masyarakat2 ikan yang harmoni dan saling bantu-membantu(umpamanya).


Anda hidup sebagai seekor ikan yang bahagia.



Namun. Pada suatu hari, Pak Mail yg merupakan pemilik ikan2 tersebut, iaitu tuan kepada anda, dengan tak semena-menanya mengeluarkan anda dari kolam ikan tersebut lalu meletakkan anda ke dalam satu balang berisi air.Anda mungkin berasa sangat terkejut kerana it is 1st time in your life dikeluarkan sedemikian rupa.Namun, ia tidak berakhir di situ.Pak Mail kali ini membawa anda mengelilingi rumahnya.Wah, macam2 anda dapat lihat lihat.Anda mungkin bermonolog "Rupa2nya ada dunia lain lagi selain dunia ikan yang aku tinggal itu." Kerana sebelum ini dengan keluasan kolam itu pun kadangkalanya masih tidak dapat diteroka, inikan pula dunia daratan halaman rumah Pak Mail!


Anda mungkin menyangka bahawa itu pengakhirannya.Sayangnya ia sama sekali tidak, kali ini Pak Mail membawa anda memasuki sejenis jentera mesin yang bernama kereta.Wah! kali ini memang benar2 sukar untuk percaya apa yg berlaku.Ditambah pulak selepas itu, Pak Mail membawa ande menaiki kereta meronda sekeliling kampung,Kampung Lembah Beringin contohnya(wujudke?) selepas itu mungkin ke bandar Metropolitan Kuala Lumpur.Bertambah excitedlah anda melihat gergasi2 batu dan besi di kiri kanan jalan (bangunan2).Rupa2 nya banyak perkara lain lagi yg tidak di ketahui oleh anda sang ikan, yang menyangka bahawa dunia ini adalah dunia ikan semata2, sebelum Pak Mail membawa anda keluar.





CERITA PADA KAWAN


Akhirnya, Pak Mail pun membawa anda pulang, hari masih lagi cerah.wah, perjalanan ini tak mengambil masa lama pun! walau tempat yg dilawati adalah beribu2 batu dari kolam ikan yg anda duduki.Sesampainya di rumah, Pak Mail mengembalikan anda ke dalam kolam.Lantas, kerana begitu ajaibnya(yg sebenarnya takde seajaib mana pun dalam dunia manusia) apa yg berlaku pada dirinya sebentar tadi serta apa yang dilihat dalam perjalanan jauhnya tadi, anda pun ceritakan pada orang ramai masyarakat kampung anda, tentang apa yang anda lihat.


Adakah masyarakat ikan di kolam itu mempercayai anda??


Ikan2 yang sudah hidup lama semenjak dr zaman dr nenek moyang di kolam itu sudah tentu dengan spontannya lansung tidak mempercayai walau sedikitpun dari apa yang dituturkan oleh anda, malah menganggap bahawa anda gila! Akhirnya tinggal lah anda keseorangan serta beberapa kawan baik yg begitu mempercayai anda..



Bayangkan itu yang berlaku pada anda sang ikan, perkara yang memang benar2 berlaku tetapi tetap tiada yg percaya dek kerana merasakan dunia yg mereka duduki itu hanyalah satu2nya tempat di dunia ini tanpa menyedari bahawa ada lagi dunia Pak Ismail yg mungkin jauh dr logik akal anda seorang ikan mempercaya melainkan anda lihat sendiri.Jadi, kalau kawan2 ikan itu dari puak2 Abu Jahal memang sampai mati pun tak akan percaya.Tetapi jikalau kawan2 itu dari kalangan sahabt nabi seperti Abu Bakar As-Siddiq tentu sahaja akan mempercayai setiap butir perkataan yg keluar dari mulut anda..


Sekian.


Sekarang boleh return kepada manusia normal.cerita dah habis.occay!.Inilah antara pengisian yang dapat dikongsikan oleh pihak Shumuri berkenaan ceramah pd malam itu..Sekian, Semoga bermanfaat!






p/s: Cerita "Aku Seekor Ikan" ini mengingatkan shumuri ttg karangan yg dibuat time skolah rendah dahulu..Terkesima mendengar analogi ustaz, benar juga ya. MasyaAllah.. bayangkan anda seekor ikan!

No comments: