Saturday, August 2, 2008

Ceramah Isra' Mikraj (part I)

بسم الله الرحمن الرحيم



Assalamualaikum wbt..


Seperti yang dijanjikan oleh pihak Shumuri sebelum ini, kami akan melaporkan serta mengulas serba sedikit segala apa yg terjadi di Musolla kita tercinta Musolla As-Saad.Dan yg terbaru ialah Ceramah Israk Mikraj yg berlaku pd khamis malam jumaat baru2 ini.Sesungguhnya blog ini memang di wujudkan dgn objektif serta pengisian seperti itu..


Ceramah Isra' Mikraj
Oleh: Ustaz Adlen Saleh


Shumuri tertarik utk mengetengahkan beberapa point penting shj dr ceramah yg memakan masa lebih kurang sejam itu.Antaranya:


" Peristiwa Isra; Mikraj telah membahagikan manusia kepada dua kumpulan, iaitu; dari Jahil kepada makin jahil dan kufur kpd Allah dan golongan yg beriman mnjadi semakin bertambah Iman nya kepada Allah dan Rasul kerana ada sebahagian yg percaya kpd peristiwa ini manakala sebahagian lain menolak, bahkan mengatakan bahawa nabi seorang yg gila.."-ustaz adlen

Penceramah: Ustaz Adlen


"Lahirnya nabi dalam keadaan tanpa harta bukan golongan berada, tanpa keturunan atau pangkat serta jawatan yg tinggi2, tiada kedudukan, tiada pengaruh tanpa apa2,bayangkan membawa satu kepercayaan baru tatkala masyarakat sekeliling sudah mabuk dan begitu yaqin dgn kepercayaan nenek moyang....TETAPI apa yg menyebabkan usaha dakwah baginda sampai kpd kita hingga hari ini? apakah yg menyebabkan pengaruh baginda begit hebat mengalahkan pemimpin2 Quraisy?? iaitulah.. dalam dirinya ada sebutir permata yg amat berharga satu nilai yang akhirnya menyebabkan baginda orang yang paling berpengaruh berbanding pemimpin2 Quraisy serta dapat mengembangkan Islam di tengah2 masyarakat yang Jahil sehingga Islam itu sampai pada kita hari ini..iaitu AKHLAQ-yg semakin luntur dlm masyarakat kita dewasa ini"-Ustaz Adlen



Kegerunan pemimpin2 Quraisy trhadap ajaran serta pengaruh yg dibawa oleh Nabi menyebabkan mereka offer kpd nabi dengan 3 perkara supaya meninggalkan ajaran yg di turunkan oleh Allah; iaitu perkara yg menjadi rebutan sesama manusia dari dulu hingga kini sehingga berkelahi sesama sendiri, 3 perkara tersebut ialah:

1)Harta- mereka berjanji akan menjadikan nabi seorang jutawan sekiranya meninggalkan dakwah tersebut.Namun nabi sama sekali menolak pelawaan tersebut.

2)Pangkat dan Kedudukan- nabi diberi tawaran utk menjawat jawatan yg tinggi dlm masyarakat Quraisy jika meninggalkan usaha baginda.Sekali lagi baginda menolak.

3)Wanita- mereka akan mengurniakan perempuan2 yg cantik2 kpd nabi, tetapi sekali lagi nabi lantas menolak tidak terlintas pn baginda utk melanggar suruhan Allah tersebut.

Lantas apakah yg nabi mahukan??

Quraisy berasa hairan dan mengatakan bhwa nabi seorang yg gila kerana menolak nikmat2 tersebut.

Tidak lain dan tidak bukan hanyalah tugas menyeru dan menyebarkan kebenaran itulah yg menjadi pilihan nabi lantas menolak segala kenikmatan tersebut.

Mr Pres sbg Pengerusi Majlis

Manusia menjadi jahat kerana dua perkara iaitu:

1)Jahil, bodoh
2)Sombong

walaubagaimanapun ustaz Adlen menambah terdapat lagi sebab ketiga iaitu gabungan kedua2 reasons trsebut iaitu 'bodoh sombong'..



Begitulah sedikit sebanyak ulasan tentang versi pertama ceramah israk mikraj ini..Jemaah dan Musolla agak gamat apabila ustaz mengulang sebanyak 4 kali 2 statements mengenai isteri2 Rasulullah iaitu:

1)Isteri yg paling Nabi rindui ialah Khadijah.
2)Isteri yg paling nabi sayang adalah A'isyah.

Statement adalah tentang seorang lelaki yg ingin berkahwin lebih dari satu isteri telah mengusik sensitiviti sebahagian jemaah sama muslimin mahupun muslimah..shumuri turut tersenyum kecil..hehe.

Sekian sahaja untuk episod pertama ini,.Nantikan yg lebih menarik dalam Ceramah Israk Mikraj episod kedua!!

No comments: