بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamua'alaikum wbt.,
Ayat di atas adalah merupakan dalil yg mewajibkan ummat Islam utk berpuasa di bulan Ramadhan,Ulama' mengistimbatkan (menentukan) hukum wajib berpuasa di bulan Ramadhan berdasarkan kalimah 'Falyasumh' dlm ayat di atas(kalimah Arab adalah lebih elok dikekalkan tulisan arabnya itu dan tidak elok dirumikan krn akan terdapat perbezaan dr segi makhraj,tajwid serta makna),but, for this case shumuri merumikan juga dgn tujuan apa yg disampaikan adalah lebih significant dr kekeliruan kalimah dan blogger takde tulisan arab!(bolehlah sesape jdik inventor wujudkan tulisan arab dlm blogger nnti yer! hu2)
Berbalik kepada istimbat hukum, 'Falyasumh' brmaksud 'maka berpuasa lah kamu' adalah fe'el Mudhori'-kata kerja present tense..(look, how bad it is when we translate it to rumi) yg di sertai huruf 'Lam al Amr' (dlm kalimah Falyasumh ade huruf Lam perintah) yg menunjukkan perintah wajib berpuasa apabila tiba di bulan Ramadhan.Maka, hukum berpuasa sebulan di bulan Ramadhan adalah wajib apabila anak bulan ramadhan telah kelihatan.(fuh!mmg jawapan skema Pendidikan Syariah Islam mase SPM dlu nih. huhu)
Semoga Ramadhan tahun ini adalah lebih baik berbanding tahun2 sebelumnya.Dan di sini pihak shumuri ingin menyeru para pembaca sekalian agar meneliti semula pengertian puasa dr segi Istilah Syara':
Menahan diri dr makan dan minum serta segala perkara yg membatalkan puasa bermula dr terbit fajar hingga terbenam matahari dgn disertai niat
( shumuri wonder how about senior who gonna fly in the middle of sept which means in the middle of Ramadhan too, how do they practise fast in abroad where the day is longer than night, what a memorable experience!)Shumuri ingin mengajak pembaca sekalian utk kembali meneliti pengertian 'menahan diri' dr segala yg mmbatalkan puasa, seboleh2nya tahun ini marilah kita berazam agar puasa kita bukan sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi lebih kepada menahan nafsu kita, tindak tanduk kita drpd segala yg brcanggah dgn tuntutan Islam 'menahan diri' juga adalah satu bentuk tarbiyah kpd kita.Inilah tarbiyah Ramadhan! yg disediakan oleh Allah utk perbaiki diri, semoga puasa kita bukan skadar peroleh penat lapar dan dahaga.
So, Pihak Shumuri dgn penuh rasa takzimnya mengucapkan
SELAMAT BERPUASA DAN MENGHADAPI RAMADHAN AL-MUBARAK 1429H !
kepada semua pembaca setia blog shumuri sama ade senior mahupun junior, sama ada di kyuem mahupun di luar sana,kerana di mana jua anda berada yang paling penting sekali kita sama2 memiliki aqidah yg sama, kepercayaan yg sama dan Ad-Din yg hakiki,.Kita harus bersyukur krn dikurniakan nikmat yg amat besar ini.Alhamdulillah..
petang sblm Ramadhan-cantiknya pic(not edited tau!)
kepada semua pembaca setia blog shumuri sama ade senior mahupun junior, sama ada di kyuem mahupun di luar sana,kerana di mana jua anda berada yang paling penting sekali kita sama2 memiliki aqidah yg sama, kepercayaan yg sama dan Ad-Din yg hakiki,.Kita harus bersyukur krn dikurniakan nikmat yg amat besar ini.Alhamdulillah..
petang sblm Ramadhan-cantiknya pic(not edited tau!)
p/s:makan puas2 hari ni esok tak bleh dah..haha..berpuasa di kyuem smemangnya mmbawa satu kenangan yg indah dan yg tak akan terlupakan! nantikan perkembangan sepanjang Ramadhan di KYUEM di shumuri.blogspot!
No comments:
Post a Comment