Tuesday, September 9, 2008

PENGUMUMAN!!

بسم الله الرحمن الرحيم



Assalamualaikum..


Apa Khabar Iman kalian?
Harapnya sihat sejahtera tambah2 dlm Bulan Ramadhan ini..

There are a few announcements to be made here:




1) CERAMAH RAMADHAN

Tarikh: 10 September 2008 (Rabu)
Masa: 6:15 petang
Penceramah:Ustaz Anhar



Jemput datang beramai2. Datang ramai2 bawak family sekali, abang adik kakak, opah, tok semua sekali pn boleh.

tp INGAT!

Datang Awal! Jangan sampai Tok Guru dah tiba,tp Surau AsSaad masih kosong. anak murid ntah ke mana..Tak perlulah beriadah sakan hari esok..Segera ke surau seawal jam 6 lebih baik. Ok!



2) MAKAN TALAM

Dengan bangganya pihak Shumuri mewakili pihak Muscom, melalui saudara Izuan, pada Subuh tadi semasa Tazkirah Subuh beliau mengumumkan bahawa, Borang Makan Talam utk minggu ini secara rasminya telah di keluarkan sebaik sahaja selesai solat Subuh td.

Oleh itu, Cepat! jangan lepaskan peluang ini, 40 org yg terawal shj berkesempatan utk mengalami pengalaman makan talam di KYUEM yg sememangnya akan mnjadi kenangan indah slps meninggalkan kolej.jarang terdapat di tempat2 lain melainkan Musolla AsSaad!


Early birds catch the worm!





3) Selingan sahaja.


Semalam beberapa krew Shumuri the team telah dijemput dgn segala hormatnya oleh Aslam n the gang utk berbuka puasa bersama2 di kafe, Mereka tiba di kolej beberapa minit shj sebelum masuk waktu.Masing2 baru pulang dr mnyelesaikan urusan visa mereka di KL.Pada mulanya kami hanya menganggap ia sbg 1 gurauan krn kata2 Aslam yg ala2 tak serius mmg tak boleh dipercayai..


"Weyh, dah makan lom?" soal Aslam sbaik shj slsai solat maghrib brjemaah.

"Blom lg,.nk pegi DH la ni.." mmg slalunya kami akan brbuka di musolla dgn kurma dulu, then solat maghrib slps itu barulah makan nasi..

"Jom ar gi kafe, banyak makanan aku beli, sape nak makan?" balasnya.

"erk.,takpelah terima kasihla, korg jela makan dulu kami ade DH..korg kene beli kt luar, so, takpelah.."(mnganggap die sje ajak2 ayam)

Selepas itu, kami ditenung dgn muke pelik oleh Aslam n the gang.Mereka tak senyum.Gelak pn tidak.Sebaliknya serius.Kami cuak, eh apehal ni..

Famy, Izzat, Wan serentak mnjawab.."weh, seriusla..kami pegi bazaar Ramadhan kt Tjg Malim sblm smpai td, dh beli banyak makanan utk korangla..banyak tu, sape nk makan? jom ar, Aslam blanje.."

Wah!

Terkejut.

Terharu pn ade.isk2.


Famy n Aslam yg baik hati

Selepas itu, kami pn mmbuat rombongan beramai2 ke kafe.Alhamdulillah,Memang sedap sungguh makanan2 nye.hehe. Dari ayam golek, nasik ayam, murtabak, kuew tiew, air tebu,jagung,cincau, roti john dll.. Terima Kasih Aslam n the gang(Iqtidar,Izzat SC, Wan SC,n Famy) yg murah hati!

wan n izzat

Diorang stay solatTarawikh brsama2 pd malam td. Dlm kul 11.15 diorang pn berangkat pulang.Banyak motivasi n pkongsian ilmu yg disampaikan oleh mereka kpd kami khusunya dlm mnghadapi peperiksaan.thanx!

Iqtidar yg bakal berangkat ke UK pd sabtu(13 hrbln) ini brsama2 Muadz dll mengakhiri pertemuan kami pd malam itu dgn kata pemberi semangat kepada kami.

"Korang masih ada masa, jangan putus asa, usaha sungguh2 brmula dr sekarang, jgn lengah lg..Aku tunggu korang kt UK." katanya yg bakal mlanjutkan pelajaran ke City University, London dlm bidang Sains Aktuari.

"InsyaAllah, kita jumpa kat UK.."bagaikan mndapat semangat baru dgn kehadiran senior2 ini..

Iqt



BERUSAHA DARI SEKARANG!! TAKBIR!!

No comments: