Tuesday, September 30, 2008

Begitu Cepat rasanya Ramadhan berlalu..

بسم الله الرحمن الرحيم






Lip,lap,lip lap,.(mcm lampu lip-lap tu) Ramadhan pun melabuhkan tirainya..kalau para sahabat pd zaman Rasulullah tentu shj menangisi pemergian Ramadhan yg penuh barakah apatah lg belum tentu mereka temui utk masa akan datang..


Kita pulak apa macam? sedih ke?

Ecececeh...sudah2 jangan nk buat drama berlakon sedih pulak kt sini.Nak beraye mane tak seronoknye ye tak? Seronok la lepas ni buleh makan ape yg di suka, takde dah nk bangun awal2 pagi brsahur, takde lah berlapar dahaga waktu siang.,takde lagi keletihan dan bermalas-malasan.Takde lagi tarawih yg lama dan memenatkan..boleh study dgn senang hati tanpa kelaparan..kan3..


Astaghfirullah..

Kalau inilah perasaan yg ada dlm sanubari kita, Istighfar banyak2..Ternyata tarbiah ramadhan itu nampaknya tidak berkesan dlm hati kita.Taqwa yg kita cari jelas tidak bertambah sedikit pun.Kerana OUTPUT bulan Ramadhan adalah sifat taqwa.Ini telah dinyatakan oleh Allah dlm Surah Al-Baqarah, ayat 183:



“Wahai orang-orang yang beriman, puasa telah diwajibkan ke atas kamu sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas generasi sebelum kamu, mudah-mudahan (dengan puasa itu) kamu bertaqwa [al-Baqarah 2: 183]


Kini anak bulan Syawal pula menggantikan purnama Ramadhan yg di rindui ini

Bila lagi nak beramal, kalau Ramadhan yg penuh barakah ini pn tidak dirasakan zuu' nya.Lihat sahaja Al-Quran 30 juzuk yg begitu mudah dihabiskan dlm masa sebulan shj dgn 1 juzuk sehari.Inilah berkah Ramadhan, Hati2 ini menjadi lembut dan fitrah( cenderung ke arah kebaikan dan gelisah trhadap kemunkaran) di bulan yg mulia ini.


Sebab itulah para sahabat begitu berduka tatkala Ramadhan melabuhkan tirai..Tidak sedih kah kita tatkala merasakan tempoh hati ini lembut dan khusyuk utk beribadah kpdNya sudah pun tamat?Yakinkah kita akan bertemu Ramadhan akan datang utk kita menangis memohon ampun sesungguh2 nya pd Allah trhadap dosa2 lalu?.Sudah terampunkah dosa selama hidup ini? dosa dengan Allah begitu banyak tak terampun, siapa lagi nak beri ampun tu..?..Bukankah kepada Allah jua kita akan kembali?...Dosa yg banyak ini pun masih belum terampun...apakah nilainya kita di hadapan Allah nanti....?


Satu2 doa yg nabi ajarkan pd isterinya Saidatina Aishah.:

"Allahumma Innakal A'fuwwul karim..Tuhibu 'Afwa fa' fu 'anna.."(sebaik2nya ditulis dlm tulisan jawi)


"Ya Allah,sesungguhnya engkau yg Maha suka mengampunkan dosa, apalah kiranya engkau mengampunkan dosa kami ini ya Allah"


Tak banyak pun doa yg diajarkan nabi, cukuplah itu satu je.Tak macam kita berdoa.Nak itu, nak ini.Mintak yg sana, mintak yg ini.Tak cukup2 dengan meminta mintanya.Walhal dosa sendiri entahkan berbukit, malah menggunung.Tu siapa lagi yg nk ampunkan tu? boleh die hilang sendiri.? kalau boleh silakan...

Bilakan bertemu lg ya Ramadhan, sesungguhnya pemergianmu ditangisi..




Semoga berjumpa lagi ya Ramadhan,,.Ilal Liqa'..wa..Ma'as Salamah..!

No comments: