Friday, September 19, 2008

Majlis Khatam Al-QURAN peringkat KYUEM

بسم الله الرحمن الرحيم


Majlis Khatam Al-Quran

Alhamdulillah bersempena dengan Hari Nuzul Qur'an pada semalam(17 Ramadhan), pihak Musolla Community 2008(MUSCOM) telah sekali lagi menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran peringkat KYUEM utk Ramadhan kali ini.


Majlis yang bermula kira2 jam 8.05 malam itu disertai oleh 22 wakil khas dr kalangan pelajar KYUEM sbg Qari yang membacakan surah2 lazim bermula dr Surah Ad-Dhuha(oleh saudara Azali Azlan 21A stdnt) hinggalah An-Nas(oleh saudara Aidid Qamil Al-hafiz.)

Barisan Qari..


Majlis Khatam Al-Quran kali ini ditampilkan dgn sdikit kelainan dgn adanya penerapan elemen adat dan tradisi orang kampung, yg memeriahkan lagi majlis khatam Al-Quran ini iaitu.,:

1) 2 set bunga telur(ala2 pengantin) disediakan sbg cenderahati pada yg hadir.
2)Moreh Pulut Kuning beserta rendang Ayam menambahkan lagi kenikmatan moreh terakhir di KYUEM malam td.


Bunga Telur



Pulut Kunig n Rendang Ayam


Untuk pengetahuan, majlis khatam Al-Quran ini juga diadakan bagi meraikan tamatnya tadarus Al-Quran yg di jalankan oleh setiap usrah pada setiap malam.Alhamdulillah., Majlis Khatam Al-Quran itu dapat berjalan dengan lancar.Ia berakhir kira2 jam 8.40 malam dengan pembacaan doa Khatam Al-quran oleh saudara Aidid Qamil Al-Hafiz..

eh, tertidur plak adik Ulwan nih time tarawikh.,comelnya



"Bersama Melahirkan Generasi Al-Quran"-Shumuri the team

No comments: