بسم الله الرحمن الرحيم
Boring2 menunaikan Solat di surau n Masjid2 berdekatan (eh boleh plak nk boring2) penulis sekali sekala beralih angin utk menunaikan solat Tarawikh di Masjid Wilayah, KL. Iaitu masjid terbesar lah di KL ni kot, cz even Masjid Negara wlupun namanya lebih masyhur dan gah, tp ternyata penulis hampir semput dan mndapat pnyakit lelah tatkala memasuki masjid ini dek kerana mencari ruang utama solat di mana or bersembahyang.
Aduhai, jenuh! Begitu luas bagai! sudahlah luas, bertingkat2 pulak tuh.Mau tak brpeluh mencarinya.Tambah2 yg jarang2 skali sampai di sini boleh sesat! (Bayangkan bagaimana tensennya diri ini apabila suara imam jelas kedengaran di corong telinga melalui pembesar suara yg ada di sekeliling masjid tapi jemaah yg sedang menunaikan solat tidak pula kelihatan,maka sesi cari mncari pun bermula)
Eh, anda pernah dengar kah nama Masjid Wilayah ni? Baguslah kalau pernah dengar, tp rata2 yg mengetahui nama masjid ini adalah krn di sini lah telah berlansungnya Majlis pernikahan Seorang artis terkenal tanah air dgn seorang datuk(oops!).Tapi banyak lagi keunikan lain masjid ini..
Selain indah dengan senibina Timur Tengahnya, Masjid ini juga, di imamkan oleh seorang Imam dr Syria ktika kedatangan penulis ke sini, bacaan nya sungguh merdu dan ada kalanya menyentuh hati dek krn kesayuan bacaan Imam trsebut.Di Masjid ini dilakukan solat tarawikh sbanyak 20 rakaat dan 3 rakaat witir.
Tetapi apa yg lebih memeranjatkan penulis, tatkala penulis ingin berangkat pulang menaiki kereta., pada ketika itu Imam masih lagi membaca Surah dlm solat Witir, sebaik sahaja penulis memasuki kereta kedengaran bacaan yg berkumandang di radio IKIM yg sedang di pasang ketika itu sama sebijik dgn bacaan yg sedang dibaca oleh Imam di Masjid itu, suara pun sama.lenggoknya pun sama.
Akhirnya penulis dapat menyimpulkan bahawa memang sah bhw bacaan Tarawikh yg sering berkumandang di radio IKIM itu adalah datangnya dari Masjid Wilayah secara langsung.Wah! sungguh tak sangka, dapatlah penulis mendengar bacaan Imam itu setiap malam.
Anda juga disarankan memasang radio IKIM utk malam Ramadhan yg berbaki ni.dengarlah bacaannya yg sayu itu.Tambah2 lagi ketika doa Qunut dibacakan oleh Imam,Doa Qunut yg dibacakan agak panjang.Dan ada ketikanya Imam menangis sebak.Isk3.MasyaAllah..
p/s: Dengarlah, I.K.I.M dot fm..pilihan utame..!(nada budak kecik yg slalu dlm IKIM tu)
No comments:
Post a Comment