Assalamulaikum.
"Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (ibadat kepada) Allah semata-mata; maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapapun bersama-sama Allah.
Ayat nie menerangkan bahawa janganlah kita bercakap tentang hal keduniaan didalam masjid ataupun surau.
Yahya pernah terbaca article pasal bercakap dalam masjid ketika form2. tapi kesahihan article tu tak dapat dikenal pasti. Article tu mengatakan bahawa sesiapa bercakap pasal keduniaan dalam masjid amalannya tidak akan diterima 40 hari. Kedua, pahalanya terhapus seperti lembu memagut rumput. Wallahu’alam.
So, besama2lah kita muhasabah dan kurangkan perbualan dalam rumah Allah.
P/S : ADE JUGA YANG MENGATAKAN CARA PENYAMPAIAN DARIPADA SAUDARA YAHYA KURANG BERHIKMAH.
PADA PANDANGAN SHAHRIDWAN, YAHYA MENYAMPAIKAN TAZKIRAH INI DENGAN SUNGGUH BIJAKSANA, DAN MEREKA YANG CEPAT MELATAH KETIKA DITEGUR MEMPUNYAI SIFAT EGO YANG PERLU DIBUANG.(KPD MUSLIMIN & MUSLIMAT)
1 comment:
Salam.
Alhamdulillah..tazkirah yg banyak manfaatnya dan ulasan yang tak kurang hebatnya ;p
Shumuri menyebut, muzakkir tak bberapa pasti hadis tersebut sahih atau tidak.
Just checked. Hadis yg ke-2 itu dinilai sebagai hadis dhaif dan tiada asalnya.
((الحديث في المسجد يأكل الحسنات كما تأكل البهائم الحشيش)). وفي لفظ : ((الحديث في المسجد يأكل الحسنات كما تأكل النار الحطب)). قال الحافظ العراقي: لم أقف له على أصل، قال عبد الوهاب ابن تقي الدين السبكي : لم أجد له إسناداً ، قال الألباني : لا أصل له. "تخريج الإحياء" (1/136) . "طبقات الشافعية" للسبكي (4/145) . "الضعيفة" (4) .
Bercakap di dalam masjid dapat menghapuskan kebaikan-kebaikan sebagaimana binatang ternak memakan rumput.
Komentar Albani: Tiada asalnya. rujuk Tabaqat Syafi'iyah 4/145. Takhrij al-Ihya' 1/136
Hadis yg tentang 40hari ibadah ditolak tu pula, masih dalam pencarian..
Pernah juga dibahaskan hal ni. Hinggakan, sebuah surau yg dah menulis hadis ni besar2an sebagai poster/banner di surau, menanggalkan semula banner tersebut, kerana khilaf yg banyak.
Apapun, kalau tak sahih pun hadis ni, memang patut kita fikir2, kenapa nk bercakap hal-ehwal duniawi.
Namun, kena faham konsep duniawi & ukhrawi. Sy xberkesempatan dgr tazkirah td. Muzakkir ada jelaskn tak konsep duniawi ukhrawi? Kalau belum, mungkin tazkirah selepas ni boleh cerita pula tentang tsebut.
Sekadar menambah.
Boleh dirujuk links berikut untuk semua penjelasan ni.
http://novaadila.wordpress.com/2008/04/12/100-hadis-dhaif
http://www.yussamir.com/2007/01/100-hadis-doif-yang-patut-dielakkan.html
Daripada web asal- dengan matan arab: http://www.assiraj.bizland.com/library/UtaibeIhsan_Hadith100.htm
Kalau ada silap, tolong betulkan..jzkk
Post a Comment