Saturday, May 17, 2008

exam , bencana alam.

Assalamualaikum.

Ptg td tazkirah disampaikan oleh saudara Hafizuddin. Dia bercakap pasal exam. Sebagaimana yg kita tahu, pd minggu exam ni bahang semakin dirasa. Semua pelajar ingin lulus peperiksaan yg diduduki dan bersungguh2 dlm belajar.

Mungkin ada yg sanggup mengurangkan ibadah sunat yg dilakukan seblum ini demi meluangkan masa kpd pelajaran.
Contohnya, sblum ini kita baca quran 2muka, tetapi disebabka exam kita mengurangkan kepada 1 muka.

Tapi tahukah kite, peperiksaan yang sebenar iaitu peperiksaan drpd Allah swt. Peperiksaan yg kita hadapi didunia ini mungkin bleh diulang jika tdk lulus, tetapi peperiksaan dan keputusan yg kita dapat selepas meninggal, akan kekal selama2nya.
Oleh itu, marilah kita bersama2 meningkatkan amalan kita.

Pada sesi tambahan, Zaim bercakap mengenai bencana alam yg smkn kerap berlaku semenjak 2 menjak ini. Tanpa kita sedari, bencana alam yg melanda biasanya berlaku pada waktu dhuha dan ketika lbh krg 3 pagi. Kerana pada masa ini, manusia sdg leka dgn urusan dunia.

Zaim juga mengajar satu doa yg selalu dia amalkan. InsyaAllah doa tu kami akan tanya balik saudara zaim. Sama2lah kita sedar dan mengambil iktibar daripada apa yg berlaku. Sesungguhnya Allah itu Maha mengetahui.

Wallahualam.

No comments: