Sunday, May 4, 2008

anak dan upah

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, setelah sekian lama memikirkan nama blog, akhirnya kami berjaya membina sebuah blog daripada tunjuk ajar tok guru kami iaitu Jpah dan Yahya.
Post pertama kami mengenai ibu. kami berharap sahabat2 dapat menghayati kisah ini.(hasil karangan saudara yahya)

Ini adalah mengenai Nilai kasih Ibu

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh sianak lalu membacanya.


Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai RM4.00
2) Tolong jaga adik RM4.00
3) Tolong buang sampah RM1.00
4) Tolong kemas bilik RM2.00
5) Tolong siram bunga RM3.00
6) Tolong sapu sampah RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu
berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis
sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu
-PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh

si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis'Telah Dibayar'padamukasurat yang ditulisnya.

Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya,"Wahai
Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku?" Rasulullah menjawab,"Ibumu(dan diulang sebanyak tiga kali), kemudian ayahmu, kemudian yang terdekat, kepadamu yang terdekat....

No comments: