Tuesday, May 20, 2008

doa=usaha=tawakal (seiring)

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum.

Tazkirah subuh tadi dibuka oleh saudara Jpah selaku imam subuh. Dia membuka dan memberi peluang kepada sesiapa yg ingin memberi tazkirah dan yg berkeinginan menggunakan mic.


Saudara Famy telah bercakap pasal kesihatan sempena minggu exam. Di samping sibuk belajar, dia menasihatkan semua supaya menjaga kesihatan dan sentiasa berdoa kepada Allah SWT. Famy juga menyampaikan bahawa doa, usaha dan tawakal hendaklah bergerak seiringan. Zaim juga menyampaikan perihal yang sama.

Selepas itu, Pai membuka sebuah kisah dengan nada yang agak sayu. Kisahnya begini, suatu ketika ada seorang wanita yg melalui jalan yang gelap dan ternampak dua orang lelaki yang mencurigakan. Lantas wanita itu brdoa kepada Allah supaya di selamatkan daripada diaapa2kan. Dan kebetulan didalam begnya terjumpa sebilah gunting. Lalu dia berusaha dengan siap sedia jikalau diserang.


sunyi sepi

Keesokan harinya, dia mendapat berita bahawa seorang wanita dirogol ditempa sama yang beberapa minit yang dilaluinya.

Diapun memberi keterngan kepada polis. Kedua2 laki2 td berjaya ditangkap. Lalu dia bertanya kepada lelaki tadi kenapa dia tdk diapa2kan. Lelaki itu menjawab kerana mereka ternampak dua org berbadan besar dan tinggi sedang mengirinya.

So, bersama2lah kita berusaha, bertawakkal dan berdoa setiap masa.

Wallahua’lam.

No comments: