Saturday, May 17, 2008

bersedia dan nikmat iman

Assalaamualaikum.

Tazkirah subuh td disampaikan oleh saudara Shahir topaz.

Dia membawa sebuah cerita mengenai seorang pemilik ladang. Ladangnya terdiri drpd ternakan dan tanam-tanaman. Tetapi masalahnya, ladangnya terletak dikawasan yg sering dilanda ribut. Kerana itu, tiada sesiapa yg ingin brkrja dgnya.

Suatu hari, beliau kepekan dan menampal poster pada pokok2. pada keesokan harinya seorang dtg utk ditemubual. Lalu pemilik ladang bertanyakan apakah kelebihan yg dimilikinya.

Dengan selambe dia menjawab’
‘’aku bleh tido ketika ribut’’

pemilik ladang itu pun mngambil dia bekerja dengan penuh kepelikan dan tanda tanya.

Pada suatu malam, ribut melanda kawasan ladang mereka. Pemilik ladang pun bergegas ke ladangnya. Dia pun mengejutkan pekerja td, namun gagal karana dia khusyuk dlm tidonya.

Pemilik ldg pun pergi utk melihat ternakannya. Alangkah terkejutnya apabila dia melihat seluruh kandang telah dipalang dan dikunci. Dia berasa sungguh gembira dan terus pulang.

Pengajaran yg dapat diambil, kita perlulah sentiasa bersedia dlm menghadapi segala bentuk rintangan. Dlm khdupan kita di kolej, janganlah study last minute.

Wallahualam.



_________________________________________________________________________________________


(17 mei/sabtu/nikmat)


Salam.


Tazkirah petang ini disampaikan oleh muzakkir yang agak2 cute iaitu saudara Fairuz(pai).
Tazkirah berkisar tentang seorang mualaf perempuan cina. Dia menghadapi berbagai rintangan ketika menyatakan hasratnya utk memeluk Islam. Rintangannya ialah:

1)tentangan drp keluarga. Terutamanya drpd datuk kesayangannya dan natijahnya dia dihalau dr rumah.

2)tentangan daripada rakan2. apabila bertemu dgn rakan2, dia seakan2 disisih disebabkan penampilannya yg bertudung.

3)dibuang kerja. Alasannya prestasi dia merosot.
So, walaupun dia kehilangan 3 perkara yg penting dalam hidupnya, tetapi dia mendapat nikmat iman.

Dlm sesi tambahan, Zaim(chaletmate ahli baru) menambah tentang bagaimana Yusuf Estes memeluk islam. Dia berdebat dgn seorang arab. Dlm pendebatan, mereka mendapat persetujuan iaitu jika sesorang dapat meyakinkan yg lain salah seseorang hendaklah memeluk agama yg diyakinkan. Tetapi hendaklah ada dua perkara iaitu kepercayaan dan pembuktian.

P/S : ALHAMDULILLAH, SETELAH SEKIAN LAMA MENCARI AHLI BARU, AKHIRNYA KAMI MENEMUI SAUDARA SEPERJUANGAN KAMI. DIA JUGA DILANTIK MENJADI PENASIHAT KAMI. SILA RUJUK PROFILE(PICTURE).

Wallahualam.

No comments: