Saturday, May 31, 2008

teori

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum.

Tazkirah hari ni disampaikan oleh saudara Rodhi.

Dia mengajak kita bersama bersyukur dengan nikmat islam yang kita nikmati. Rodhi menceritakan pengalaman sewaktu dia kecil. Dia menceritakan tentang bagaimana Al-Quran yang begitu meyakinkan dia. Dalam Al-Quran ada berkenaan teori big bang, dan kita dapat lihat bagaimana bumu berputar pada paksinya. Bagaiman bintang, matahari dan bulan yang berada atas paksinya dengan teratur.

Maaf kepada semua kerana synopsis agak pendek. Sukar untuk memahami apa yang diperkatakan kerana ayat yang digunakan agak susah untuk difahami.


So, marilah bersama2 kita meningkatka keimanan kita kepada Allah SWT dan berusaha memohon keredhaan daripadaNya.

Wallahua’alam.

sajak

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum.

Tazkirah petang tadi disampaikan oleh saudara Afiq.

Afiq menceritakan kisah seorang doctor yang mencipta formula yang bleh digunakan untuk mengubah dirinya menjadi orang lain. Afiq menyatakan bertapa hebatnya kisah yang dibacanya.

Hal ini dapatlah dikaitkan dengan kehidupan kita sebagai seorang muslim. Kita janganlah menjadi seorang yang hipokrit. Kita juga perlu sentiasa menjaga peribadi kita supaya dipandang baik oleh masyarakat yang beragama lain.

Contohnya, jika kita hendak menegur orang jangan membuang sampah merata2, kita juga perlu berhenti dari membuang sampah merata2. Pada hakikatnya, orang akan hilang respect terhadap kita jika kita katakana apa yang kita tidak buat. Dan mungkinkah masyarakat akan menerima nasihat yang kita sampaikan.

So, sama2lah kita muhasabah diri kita.


Pada tazkirah subuh tadi, saudara Sayed ada menyampaikan sajak. So, hayatilah sajak yang disampaikannya.

Adakalanya....
Hari yang panas dan ceria
Bertukar mendung seketika
Mentari merangkak pergi
Gumpalan awan bertandang sisi
Hati gundah
Tercari-cari
ke Mana perginya mentari yang dinanti

Begitulah hidup...
Di saat kau selesa dengan kehidupan
tiba-tiba kau diuji dengan kehilangan
kehilangan nikmat harta
kehilangan nikmat ilmu
kehilangan nikmat rakan dan keluarga
dan kau meratapinya....

Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu...
Yang menciptakan segalanya
yang menimpakan ujian
yang menjadikan sakit hatimu
yang membuatkan keinginanmu terhalang
serta menyusahkan hidupmu
pasti akan damailah hatimu kerna...
masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia

Bukan Allah tak tahu derita hidupmu...
retaknya hatimu
sengsaranya sukmamu
Mungkin itulah yang Dia mahukan
kerna
Dia tahu
Hati yang sebeginilah
selalunya lebih lunak dan mudah untuk
DEKAT dan AKRAB dengan-Nya

Saat hujan turun membasahi hatimu
kau menangis kerna
merasa beratnya ujian tidak tergalas
~SenYumLaH~

kerna

Allah mendatangkan kepadamu pelangi nan indah
selapas hujan sirna kelamnya


'Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yg terdaya olehnya. Ia mendapat pahala (dari kebaikan yg diusahakannya) dan ia menanggung dosa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.(Mereka berkata):Wahai Tuhan Kami!Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau kami tersalah.Wahai Tuhan Kami!Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yg berat sebagaimana yg telah Engkau bebankan kpd org2 trdahulu drpd kami.Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kpd kami apa yg kami tak terdaya memikulnya dan Ampunilah kesalahan kami,serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kpd kami.Engkaulah Penolong kami;oleh itu tolonglah kami utk mncapai kemenangan trhadap kaum2 yg kafir.'

(Al-Baqarah:286)

Wednesday, May 28, 2008

jangan menghentam

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum.

Hari ni Zaim memberi penerangan mengapa dia memakai serban yang berwarna merah atau hitam. Ini kerana ada sesetengah pihak yang keliru dengan pemakaiannya. dia memakai berpandukan dalil.hukum memakai serban sebegitu ada disentuh oleh ulama mazhab syafie.Kami minta maaf sebab x mengulas dgn mendalam pasal tazkirah tu kerana terlalu panjang dan takut jikala ada tersalah tafsir apa yang disampaikan.

Pengajarannya, gunalah blog kita dengan bijaksana dan jangan jadikan blog sebagai medan pertempuran dan pergaduhan. jika x pasti dengan sesuatu, pergilah dengan baik bertanya hal sebenar dengan seseorg.



kedua, bersangka baiklah kpd seseorang. janganlah terus menghentam sesuka hati dan tanpa rasa tanggungjawab sebelum sempat sidia memberi penjelasan.

Wallahu'alam.


Jerry, Jalak, Mimi dan Mona

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum.

Tazkirah disampaikan oleh saudara Hafizuddin. Dia membawa sebuah cerita.


Di sebuah rumah, terdapat pemiliknya bernama Pak Mat. Kerana risau akan keaktifan seekor tikus yang bernama Jerry, dia membeli perangkap dan memasang sekitar ruang tamunya.



Pada keesokan harinya, dia bertemu Jalak seekor ayam. Jerry meluahkan isi hatinya, tetapi Jalak mempedulikan Jerry. Pastu, Jerry bertemu Mimi, seekor kambing. Namun masih kecewa. Akhir sekali Jerry bertemu Mona, seekor lembu. Mona juga tidak mempedulikan Jerry.

Bulan hadapannya, isteri Pak Mat dijangkiti penyakit misteri. Bomoh meminta Pak Mat mencari kaki ayam untuk dibuat sup ubat, dan Jalak dikorbankan. Namun masih x cukup, hati Mimi diperlukan. Namun, tetap tidak sembuh dan akhirnya meninggal dunia.

Mona dikorbankan untuk dijadikan menu untuk majlis. Dan terkorbanlah ketiga2 sahabat.

Pengajarannya, kita hendaklah membantu antara satu sama lain. Janganlah mementingkan diri semata2 walaupun urusan itu x kena mengena dengan kita.

Wallahu’alam.

Tuesday, May 27, 2008

jangan mengumpat

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum.

tazkirah disampaikan oleh saudara Yahya. Yahya bercakap pasal mengumpat.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيراً مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضاً أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتاً فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ


Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.



yahya mengibaratkan mengumpat seperti kita memiliki sebungkus tepung. Lepas tu, sedar2 tepung tu tinggal sikit sebab bocor. blehkah kita mengutip balik tepung gandum yang ditiup angin dan kesan putih itu?




begitulah kehidupan sebenar kita. Apabila kita mengumpat dan fitnah, dapatkah kita menjernihkan balik keadaan. walaupun dah minta maaf dengan mangsa, tapi kesannya tetap tidak dapat dihilangkan.

So, janganlah kita join dalam mengumpat atau join dalam mendengar kerana dilarang oleh Allah SWT.

Wallahua'alam.

Monday, May 26, 2008

kadi dan niat

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum.

Tazkirah petang tadi disampaikan oleh saudara Iqtidar. Iq mengajak kita bersama2 syukur kepada Allah SWT.

Iq membuka sebuah kisah komik yang dibacanya. Pada suatu zaman, terdapat seorang kadi di sebuah kampung. Beberapa hari kemudian, kadi itu meninggal dunia. Lalu datanglah seorang pemuda yang tiada hala tuju dan kerja ke kampung itu semata2 ingin menjadi kadi.

Lalu beramallah dia didalam masjid selama beberapa tahun. Namun dia agak kecewa kerana masih tidak dilantik menjadi kadi. Suatu hari. Dia sedar bahawa niatnya selama ini bukan semata2 kerana Allah SWT. Lalu dia bertaubat.



Pada keesokan harinya, dia dilantik menjadi kadi. Namun, dia menolak kerana mengganggap dirinya tidak layak.

Moral cerita, niat kita biarlah betul dan ikhlas semata2 kerana Allah. kita dapat lihat, pada musim exam sahaja ramai yang kesurau, tapi bila tamat exam mereka sudah tidak kesurau lagi. Wallahu’alam.

Jika tidak disandarkan pada Allah SWT, mungkin kta akan kecewa dengan keputusan yang kita perolehi. So, sama2lah kita betulkan niat.

Wallahu’alam.

Eksperiment By Izuan

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum.

Tazkirah subuh tadi disampaikan oleh saudara Izuan aka pilus.

Izuan menyampaikan tazkirah yang berkisar tentang 2 eksperiman yang dia lakukan.


1) memakai uniform kolej dengan lengkap pada hari jumaat dua minggu yang lepas.

- apabila bertemu dengan seorang pelajar berbangsa cina, dia memberikan respon positive dengan mengatakan Izuan besemangat sempena hari guru.

- Di RC, dia bertemu dengan rakan lelakinya. Namun, Izuan menerima resppon negative. Kawannya tadi mengatakan bahawa izuan tersilap pakai uniform dan mengatakan izuanmenipu ketika izuan mengatakan bahawa dia emang hendak memakai unifor itu.

2) memerhatikan pintu masuk ke RC.

- - pada p - pada pintu RC, terdapat tanda IN dan NO ENTRY. Kebanyakan pelajar mengambil jalan mudah dengan menggunakan pintu yang berlabel NO ENTRY.



kesimpulan eksperimen 1, kita perlulah sentiasa bersangka baik dan berfikiran positif atas apa yang mereka lakukan.

Kesimpulan eks 2, manusia memang suka mengambil jalan mudah dan jalan yang dilarangi. Dalam beribadat, tidak pula kita selalu melakukan perkara mudah. Ex, majlis zikir yang mudah itupun tidak mahu kita sertai dan sanggup berborak pasal benda2 yang lagha.

Wallahua’alam.

Sunday, May 25, 2008

kumbang tanduk

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum.


Tazkirah disampaikan oleh saudara Afiq.

Kalau dulunya, dlm pjlnan nak pegi subuh, dia selalu nampak siput2 di koridor. Tapi sekarang serimg kelihatan kumbang2 tanduk yang menterbalikkan diri mereka. Lalu, afiq menggunakan kayu atau kakinya untuk membetulkan kumbang itu. Tetapi, sayangnya tidak berhasil.



Afiq mengibaratkan kumbang ni seperti diri kita. Kadang2 kita dibawah dan kdg2 diatas. Contohnya, dalam exam, mungkin kita dapat keputusan yang cemerlang dan juga mungkin biasa. Tetapi apa yang penting ialah kita sentiasa berdoa kepada Allah.

Kita hendaklah sentiasa yakin dan berharap dengan apa yang kita pohon kepada Allah akan dimakbulkan. Janganlah kita bersangka buruk kepada Allah SWT. Kata Afiq, Allah berfirman yang berbunyi: Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Ku kabulkan. InsyaAllah.

Ditambah oleh Syed dan Zaim, kumbang ibarat pertubuhan yang dipertanggungjawabkan. Oleh itu, ia mudahlah goyah atau terbalik dan perlulah pertolongan dari pihak yang lain(ex muscom dan sc).

Kesimpulan, bersama2lah menolong antara satu dengan yang lain. Janganlah pentingkan diri semata2.

Wallahua’alam.

Saturday, May 24, 2008

akhlak dan couple

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum.

Tazkirah hari ni disampaikan oleh saudara Anas.

Dia bercakap pasal kehidupan sebagai seorang muslim. Anas bercakap mengenai ciri2 menjadi pelajar muslim yang berjaya. Antara cirinya ialah mempunyai akhlak yang baik.

Anas juga mengajak kita bersyukur kerana pada tahun nie, gejala berdua2an di café dan RC dah sedikit berkurang. Walaubagaimanapun kita perlulah bersama2 membanteras gejala ini. Ini kerana couple adalah salah satu cara mendekati zina. Kebiasaanya, gejala ini berlaku musim exam, mungkin nak luahkan perasaan kepada si dia yang tercinta(kononnya).



Couple juga seperti ingin memainkan perasaan seseorang, kata Anas. Mungkin kita akan meninggalkan si dia bila boring atau sebaliknya. So, jika niat itu btul, blehlah ajak si dia terus bernikah.

Kesimpulan, marilah kita bersama2 sedar dengan perkara ini dan janganlah kita mendekati zina.

Wallahu’alam.

Friday, May 23, 2008

BERCAKAP DALAM RUMAH ALLAH

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamulaikum.

Tazkirah petang tadi disampaikan oleh saudara Yahya. Yahya telah mengulang tazkirah yang disampaikan subuh tadi kerana ada permintaan dari jemaah.

Yahya telah menerangkan ayat Al Quran yang dilihat disekolah lamanya.



وَأَنَّ الْمَسَاجِدَ لِلَّهِ فَلَا تَدْعُوا مَعَ اللَّهِ أَحَداً

"Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (ibadat kepada) Allah semata-mata; maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapapun bersama-sama Allah.


Ayat nie menerangkan bahawa janganlah kita bercakap tentang hal keduniaan didalam masjid ataupun surau.



Yahya pernah terbaca article pasal bercakap dalam masjid ketika form2. tapi kesahihan article tu tak dapat dikenal pasti. Article tu mengatakan bahawa sesiapa bercakap pasal keduniaan dalam masjid amalannya tidak akan diterima 40 hari. Kedua, pahalanya terhapus seperti lembu memagut rumput. Wallahu’alam.

Contohnya, kita bercakap tentang keputusan perlawanan bola pd malam tadi. Yahya bertanya kepada fitri, sape yang menang. Fitri menjawab Manchester, sebab Terry terlepas sepakan penalty. Maka bermulalah analisis demi analisis….terjerumuslah kepada perkara yang lagha. janganlah bercakap pasal duniawi iaitu benda2 lalai dan lagha.

Kat masjid As-saad, kebiasaanya selalu bising antara waktu azan dan iqamat. Patutnya, kita perlu perlahankan suara bagi menghormati orang yang sedang sembahyang. Sedangkan membaca Al-Quran pun perlu kita perlahankan suara.

Yahya mencadangkan MUSCOM meletakkan papan tanda seperti RC .



So, besama2lah kita muhasabah dan kurangkan perbualan dalam rumah Allah.


P/S : ADE JUGA YANG MENGATAKAN CARA PENYAMPAIAN DARIPADA SAUDARA YAHYA KURANG BERHIKMAH.
PADA PANDANGAN SHAHRIDWAN, YAHYA MENYAMPAIKAN TAZKIRAH INI DENGAN SUNGGUH BIJAKSANA, DAN MEREKA YANG CEPAT MELATAH KETIKA DITEGUR MEMPUNYAI SIFAT EGO YANG PERLU DIBUANG.(KPD MUSLIMIN & MUSLIMAT)

Wallahu’alam.


Thursday, May 22, 2008

pandangan dan logic akal

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalaamualaikum.

Tazkirah asar tadi disampaikan oleh saudara Aidid dan ditambah oleh audara Yahya. Berkisar tentang adakah amalan seharian yang kita lakukan adalah bidaah ataupun tidak. Di sini ada beberapa kesimpulan yang dapat kami simpulkan.



Dalam beramal janganlah berdasarkan pandangan pearibadi dan logic akal semata2. Perlulah mencari dalil daripada Alquran dan As sunnah. Dan janganlah pula kita menyalahkan pandangan orang lain jika pandangan itu berdasarkan Al quran dan sunnah juga.

Jangan pula menganggap pandangan orang lain sentiasa salah dan hanya menggangap pandangan kita yang betul. Pandangan kita mungkin betul ataupun salah.

So, renung2 dan fikir2kanlah.

Wallahu’alam.

Wednesday, May 21, 2008

sahabat dan kawan

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalaamualaikum.

Tazkirah tadi disampaikan oleh saudara Aslam.

Aslam bercakap tentang kawan dan sahabat. Katanya, kita bleh kawan dengan sume, walaupun seseorang itu baik atau kurang baik. Untuk dijadikan sahabat, pilihlah sahabat yang baik.


sahabat dan kawan


Kalu kita berkawan dengan yg buruk, blehlah secara perlahan2 kita mengajak dia kearah kebaikan. contohnya, jika berkawan dengan rempit, blehlah bersembang pasal yg berkaitan sewaktu dengannya sambil mengajak kearah kebaikan. Jika bercakap pasal agama terus, mungkin mereka xnak. Berdakwahlah dengan cara yang bijaksana.

Saudara iqtidar menambah, kat skolah lama dia ada sorang pengawas yg baik ditempatkan dlm dom kumpulan yg nakal. Lama kelamaan, perangainya dah berubah drp baik kepada buruk. So, pengaruh buruk itu lebih mudah untuk menarik seseorang jika dibandingkan dengan kebaikan.

Kesimpulan aslam, ramaikanlah kawan dan pilihlah sahabat yang baik.


Wallahu'alam.

Tuesday, May 20, 2008

hasad dengki

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalaamualaikum.


Tazkirah asar td disampaikan oleh saudara Ashraff Topaz.

Menyampaikan tentang dengki. Kita bleh dengki kepada org lain hanya dengan dua perkara. Iaitu:

1) dengki terhadap ilmu yang dimiliki. Kita dengki tengok dia ajar orang krn ilmu yg dimiliki dan kita berusaha untuk menambah ilmu kita.

2) Harta yang dimiliki dan dia menggunakan harta itu untuk bersedekah dan menegakkan agama islam. So, kita berusaha menambah harta dan turut berbuat demikian.



Lepas tu, dia bercakap pasal 3 perkara yang tidak terputus jika seseorang itu telah meninggal dunia.

1)sedekah jariah

2)ilmu yang bermanfaat

3)doa anak yang soleh.


So, marilah kita bersama2 mengambil iktibar dan janganlah sesuke hati dengki terhadap seseorang. Jangan lupa, sentiasalah doakan ibubapa anda.

Wallahu’alam.

doa=usaha=tawakal (seiring)

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum.

Tazkirah subuh tadi dibuka oleh saudara Jpah selaku imam subuh. Dia membuka dan memberi peluang kepada sesiapa yg ingin memberi tazkirah dan yg berkeinginan menggunakan mic.


Saudara Famy telah bercakap pasal kesihatan sempena minggu exam. Di samping sibuk belajar, dia menasihatkan semua supaya menjaga kesihatan dan sentiasa berdoa kepada Allah SWT. Famy juga menyampaikan bahawa doa, usaha dan tawakal hendaklah bergerak seiringan. Zaim juga menyampaikan perihal yang sama.

Selepas itu, Pai membuka sebuah kisah dengan nada yang agak sayu. Kisahnya begini, suatu ketika ada seorang wanita yg melalui jalan yang gelap dan ternampak dua orang lelaki yang mencurigakan. Lantas wanita itu brdoa kepada Allah supaya di selamatkan daripada diaapa2kan. Dan kebetulan didalam begnya terjumpa sebilah gunting. Lalu dia berusaha dengan siap sedia jikalau diserang.


sunyi sepi

Keesokan harinya, dia mendapat berita bahawa seorang wanita dirogol ditempa sama yang beberapa minit yang dilaluinya.

Diapun memberi keterngan kepada polis. Kedua2 laki2 td berjaya ditangkap. Lalu dia bertanya kepada lelaki tadi kenapa dia tdk diapa2kan. Lelaki itu menjawab kerana mereka ternampak dua org berbadan besar dan tinggi sedang mengirinya.

So, bersama2lah kita berusaha, bertawakkal dan berdoa setiap masa.

Wallahua’lam.

Monday, May 19, 2008

2 ekor katak

بسم الله الرحمن الرحيم

Tazkirah asar disampaikan vice pres MUSCOM, Aidid.

Aidid membawakan cerita 2 ekor katak yg tengah travel dgn sekumpulan katak yang lain…seekor pekak dan seekor lagi normal…



Bile sampai kat satu gaung,due ekor katak tu terjatuh dalam gaung tu tp nasib baik katak2 tu sempat bertaut…

Yg sekumpulan katak lak dh anggap dorg dh xdpt nk selamatkn diri memasing..dan dorg pn biakan je due ekor katak tu…

Yg normal tu dgr la ape sekumpulan katak tu cakap..dan disebabkn tu,die putus asa dan jatuh la dalam gaung tu dan mati…

Disebabkan yg lagi sekor pekak,die terus la berusaha nk kuar dari gaung tu dan akhirnya die berjaya gak kuar..

Bile dh kuar,yg sekumpulan katak tu terkejut la dan bercakap dgn bahasa isyarat kt katak tu….dorg ckp..


”la…ko hidup lagi ke,ingatkan ko dh mati sebab sume condemn ko td”

Dan katak tu balas balik dalam bahasa isyarat juge…

“la korang condemn aku ke,aku ingatkan korg sume support aku”

pengajaran dari cite nie….

Xsume kritikan org tu kite leh terima…tp kite kene la tapis dulu kritikan org dan pikir balik sama ada betul ke x…

Honesty

بسم الله الرحمن الرحيم

Tazkirah subuh tadi pasal kejujuran yang diambil daripada blog saudara QiNSaNi.
hayatilah...

Once upon a time, there was a selfish man. He liked everything to be his own. He could not share his belongings with anyone, not even his friends or the poor.

One day, the man lost thirty gold coins. He went to his friend’s house and told him how he lost his gold coins. His friend was a kind man.

As his friend’s daughter was coming from an errand she found thirty gold coins. When she arrived home, she told her father what she had found. The girl’s father told her that the gold coins belong to his friend and he sent for him. When the selfish man arrived, he told him how his daughter had found his thirty gold coins and handed then to him. After counting the gold coins the man said that ten of them was missing and had been taken by the girl as he had forty gold coins. He further commented that he will recover the remaining amount from him. But the girl’s father refused.

The man left the gold coins and went to the court and informed the judge there about what had taken place between him and the girl’s father.

The judge sent for the girl and her father, and when they arrived asked the girl how many gold coins did she find. She replied thirty gold coins. The Judge that asked the selfish man how many gold coins did he lose and he answered forty gold coins.

The judge then told the man that the gold coins did not belong to him because the girl found thirty and not forty as he claimed to have lost and then told the girl to take the gold coins and that if anybody is looking for them he will send for the girl.

The judge told the man that if anybody reports that they have found forty gold coins he will send for him. It was then that the man confessed that he lied and that he lost thirty gold coins but the judge did not listen to him.

This story teaches us to be always honest as dishonest never pays.

Wallahua'lam.

Sunday, May 18, 2008

melazimi wuduk

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum.

Tazkirah petang td disampaikan oleh Ustaz Malikie. Tazkirah berkisar tentang hikmah melazimi wuduk. Kerana amalan ini selalu diamalkan oleh para sahabat Rasulullah SAW.



Antara hikmahnya senang untuk beribadah kepada Allah SWT. Kedua, dilindungi daripada gangguan syaitan, insyaAllah. Disamping itu juga dapat membersihkan diri bukan sahaja lahiriah, malah secara ma’nawiyah.

Ustaz juga menceritakan tentang salah seorang professor yg terkenal dlm bidang undang2(shumuri lupa nama), telah ditanya tentang rahsia daya ingatannya yang kuat. Dan dia menjawab bahawa rahsianya ialah sentiasa melazimi wuduk(insyaAllah).


InsyaAllah, dlm minggu exam nie, kita blehlah sentiasa melazimi wuduk dan jadikannya sebagai amalan kita.

Wallahualam.

Saturday, May 17, 2008

bersedia dan nikmat iman

Assalaamualaikum.

Tazkirah subuh td disampaikan oleh saudara Shahir topaz.

Dia membawa sebuah cerita mengenai seorang pemilik ladang. Ladangnya terdiri drpd ternakan dan tanam-tanaman. Tetapi masalahnya, ladangnya terletak dikawasan yg sering dilanda ribut. Kerana itu, tiada sesiapa yg ingin brkrja dgnya.

Suatu hari, beliau kepekan dan menampal poster pada pokok2. pada keesokan harinya seorang dtg utk ditemubual. Lalu pemilik ladang bertanyakan apakah kelebihan yg dimilikinya.

Dengan selambe dia menjawab’
‘’aku bleh tido ketika ribut’’

pemilik ladang itu pun mngambil dia bekerja dengan penuh kepelikan dan tanda tanya.

Pada suatu malam, ribut melanda kawasan ladang mereka. Pemilik ladang pun bergegas ke ladangnya. Dia pun mengejutkan pekerja td, namun gagal karana dia khusyuk dlm tidonya.

Pemilik ldg pun pergi utk melihat ternakannya. Alangkah terkejutnya apabila dia melihat seluruh kandang telah dipalang dan dikunci. Dia berasa sungguh gembira dan terus pulang.

Pengajaran yg dapat diambil, kita perlulah sentiasa bersedia dlm menghadapi segala bentuk rintangan. Dlm khdupan kita di kolej, janganlah study last minute.

Wallahualam.



_________________________________________________________________________________________


(17 mei/sabtu/nikmat)


Salam.


Tazkirah petang ini disampaikan oleh muzakkir yang agak2 cute iaitu saudara Fairuz(pai).
Tazkirah berkisar tentang seorang mualaf perempuan cina. Dia menghadapi berbagai rintangan ketika menyatakan hasratnya utk memeluk Islam. Rintangannya ialah:

1)tentangan drp keluarga. Terutamanya drpd datuk kesayangannya dan natijahnya dia dihalau dr rumah.

2)tentangan daripada rakan2. apabila bertemu dgn rakan2, dia seakan2 disisih disebabkan penampilannya yg bertudung.

3)dibuang kerja. Alasannya prestasi dia merosot.
So, walaupun dia kehilangan 3 perkara yg penting dalam hidupnya, tetapi dia mendapat nikmat iman.

Dlm sesi tambahan, Zaim(chaletmate ahli baru) menambah tentang bagaimana Yusuf Estes memeluk islam. Dia berdebat dgn seorang arab. Dlm pendebatan, mereka mendapat persetujuan iaitu jika sesorang dapat meyakinkan yg lain salah seseorang hendaklah memeluk agama yg diyakinkan. Tetapi hendaklah ada dua perkara iaitu kepercayaan dan pembuktian.

P/S : ALHAMDULILLAH, SETELAH SEKIAN LAMA MENCARI AHLI BARU, AKHIRNYA KAMI MENEMUI SAUDARA SEPERJUANGAN KAMI. DIA JUGA DILANTIK MENJADI PENASIHAT KAMI. SILA RUJUK PROFILE(PICTURE).

Wallahualam.

exam , bencana alam.

Assalamualaikum.

Ptg td tazkirah disampaikan oleh saudara Hafizuddin. Dia bercakap pasal exam. Sebagaimana yg kita tahu, pd minggu exam ni bahang semakin dirasa. Semua pelajar ingin lulus peperiksaan yg diduduki dan bersungguh2 dlm belajar.

Mungkin ada yg sanggup mengurangkan ibadah sunat yg dilakukan seblum ini demi meluangkan masa kpd pelajaran.
Contohnya, sblum ini kita baca quran 2muka, tetapi disebabka exam kita mengurangkan kepada 1 muka.

Tapi tahukah kite, peperiksaan yang sebenar iaitu peperiksaan drpd Allah swt. Peperiksaan yg kita hadapi didunia ini mungkin bleh diulang jika tdk lulus, tetapi peperiksaan dan keputusan yg kita dapat selepas meninggal, akan kekal selama2nya.
Oleh itu, marilah kita bersama2 meningkatkan amalan kita.

Pada sesi tambahan, Zaim bercakap mengenai bencana alam yg smkn kerap berlaku semenjak 2 menjak ini. Tanpa kita sedari, bencana alam yg melanda biasanya berlaku pada waktu dhuha dan ketika lbh krg 3 pagi. Kerana pada masa ini, manusia sdg leka dgn urusan dunia.

Zaim juga mengajar satu doa yg selalu dia amalkan. InsyaAllah doa tu kami akan tanya balik saudara zaim. Sama2lah kita sedar dan mengambil iktibar daripada apa yg berlaku. Sesungguhnya Allah itu Maha mengetahui.

Wallahualam.

Thursday, May 15, 2008

masa dan exam

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam…

Tazkirah pd ptg td disampaikan oleh saudara Anas selaku imam asar. Anas membuka topik masa dan exam(trutamanye senior yg dh nk exam…)

Then anas mengingatkn kite tntg surah Al-Asr yg slalu kite bace…dan yg penting mnurut anas,biala kite paham maksud surah tu bile kite bace same2…dimana surah tu menerangkn tntg org2 yg rugi…



Pastu saudara Azim aka Jimah menambah…bercakap tentang exam…bak kate jimah,time exam nie la iman kite tol2 diuji oleh Allah….dan tahap kebergantungan kite pd Allah juge diuji…

Contohnye,adakah same amalan kite sebelum dan semasa time exam…atau mgkn ble dh exam,kite spend lg kurg mse utk beribadah sbb nk study…..

Kemudian,pengerusi MOC, saudara Fitri menambah mengenai ilmu yg die dapat time MYC..keredhaan Allah dlm mcari ilmu…die ckp,kite kne r kaitkn mngenai niat kite mncari ilmu dgn kehidupn kite lepas nie….cnthnye…blajar tuk dpt result bgus…pastu nk msuk uni bgus….dpt degree and so on….

Wallahualam.

Wednesday, May 14, 2008

imam, tazkirah dan jemaah

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam…

Tazkirah pd ptg td disampaikan oleh saudara Jpah. Sblm memulakan, dia mgjk kita bersama2 bersyukur kehadrat Allah swt, krn pd kini hari hanya sedikit mereka yg bersyukur.


imam

Tazkirah pd hari menekankan pasal menjadi imam dan bersolat jemaah. Time subuh dan asar mngkn menjadi masalah. Ini kerana mungkin disebabkan imam perlu memberi tazkirah. So, ramailah yg masih tdk berada disaf semasa bilal iqamat. Sebenarnya, blehje offer org lain utk menyampaikan tazkirah after smyg. InsyaAllah, lepasni ramai2lah kite bersemangat ingin menjadi imam. Bile lg nk mulakan, nanti dah kahwin kene jd ketua keluarga dan imam dlm solat(ini pandangan kami, x jpah). Ade juga kami mndgar masalah knpa mereka tdk mahu menjadi imam. Salah satunya sebab tak tahu bace doa dlm bahasa arab.


marilah bersama2 solat jemaah

Kedua, jpah menekankan pasal solat jemaah. Kalau nk dibandingkan dngn solat sorang, kite dah tau bhwe solat jemaah berkali ganda dr solat sorang diri. Sebenarnya ada tiga thp dlm menunaikan solat jemaah.

1)tahu
tahu bhwa solat jemaah itu lebih baik,tetapi sekadar tahu dan xnak menyempurnakannya.

2)mahu
mahu utk mengerjakannya, tetapi x mampu. Munkin tak mampu nak menahan hawa nafsu
dan godaan syaitan.

3)mampu
kalau nk ikutkan, kita semua sihat dan mampu utk melaksanakan solat jemaah. Tetapi
mungkin malas.


Pada sessi tambahan, kami tidak dpt menghighlight ape isi yg ingin nak disampaikan,kerana point yg disampaikan terlalu banyak dan memeningkan short term memory kami dan sebilangan besar jemaah lain..
Timer kasih saudara yahya krn membantu kami menyusun ayat dlm membuat rumusan ini.


exam

P/S : kpd semua warga kyuem, kami ingin mengucapkan selamat maju jaya dlm menghadapi final exam ini. Banyak2lah berdoa kepadaNya utk memohon keberkatan dan keredhaanNya. Ingatlah, walau sbyk mane pun belajar, tp tanpa keberkataan dan keredhaan Allah, mungkin kita tdk dpt menghadapi exam dgn jayanya. So, bersama2lah kita berdoa kpd Allah. insyaAllah dgn bantuanNya, kita dapat menghadapi exam dengan tenang dan mudah.

Wallaualam.

Tuesday, May 13, 2008

Kertas dan Kita

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam…


Alhamdulillah, pd ptg td kami bersama2 berkesempatan utk mendengar tazkirah yg disampaikan oleh saudara Yahya(Qinsani). Sblm memulakan tazkirah, yahya sempat mempromote blog shumuri. Tazkirah yg disampaikan adalh ulangan tazkirah pd waktu subuh. Diulang krn ada makmum yg tdk faham. Tazkirah yg dismpaikan adlh sambungan drpd tazkirah terdahulu.

Sebelum memulakan tazkirah, yahya mengulang kembali tazkirah terdahulu.

Suatu hari, terdapat dua orang shbt iaitu Shu dan Mu. Dlm perjalanan mereka ternampak sebuah bangunan. Shu pun bertanya kpd Mu ape yg dia nmpk pada bgunan itu. Apakah yg Mu dpat lihat melalui bgnan itu? blehlah merujuk saudara yahya.


chalet yg dilihat Shu

Mereka meneruskan perjalanan ke pondok pengawal utk outing setelah menghubungi taxi yg dibenarkan oleh Puan Rog. Dlm perjalanan, tibe2 Mu hampir dilanggar lori, alhamdulillah diselamatkan Shu. Apakah moralnya drpda terselamat dilanggar lori dan hendak dilanggar lori? blehlah skali lg bertanyakan saudara yahya.

Pada tazkirah hari ini, kisahnya bermula begini.....

di TM, Mu membeli sebuah Mug dan satu paket kertas A4. Tiba2, Mu bertanya kpd Shu :

‘’Apakah yg dapat kamu lihat pada kertas A4 ini’’

setelah menerima jwpn drpd makmum, yahya pun mengexplain dan menerangkan jwpn yg diberi makmum.


kertas yg dibeli Mu

Apa yg dapat dilihat hanyalah kertas yg berwarna putih dan bersih. Kertas ini macam diri kita. Mule2 putih, lps tu kite print dan buat latihan atau kite kira2 dan buang. Bleh juge dijual bila MUSCOM booksale. Selepas itu, jd sampah, dimasukkan dlm plastik dan dibuang. Ini dapatlah didefinisikan seperti diri kita,pd mula dilahirkan dan membesar menjadi manusia. Akhirnya meninggal dan menjadi mayat. Sebenarnya, kita adalah mayat yg masih hidup, dan hanya menunggu masa.

So, umpama lah kita seperti kertas yg menunggu masa utk dikebumikan krn skrg ini kertas telah sinonim dgn kita. Bile nk buang n gumpal kertas, ingatlah bhw ape yg digumpal itu adalah diri kita. (sorry, kesimpulan ini macam susah nk paham).


Sama2lah kita memikirkan dan ambil iktibar drpd cerita ini.

Tazkirah ini akan bersambung lg pada masa hadapan. So, bersama2lah kita tunggu drpada saudara Yahya.

Wallahualam.

Monday, May 12, 2008

Ibu...

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam…

Saya wakil pihak Shumuri ingin mohon maaf krn x mengepost tazkirah pd hari sabtu krn outing. Semalam, tazkirah disampaikan olh saudara Huzaifah.



Sempena hari ibu, dia menceritakan tentang kasih syg ibu.

Kisahnya begini, pd zaman dahulu, terdapat dua org sahabat yg bernama Raja(bkn raja aslam) dan ahmad. Suatu hari, Raja menjemput saudara Ahmad utk makan tghari dirumahnya. Makanan yg dihidangkan sggh lazat memandangkn Raja adalah golongan berada.

the road not taken

Pada sebelah ptgnya, mereka menuju kesurau untuk menunaikan tanggungjawab. dlm perjalanan mereka berjumpa seorang budak yg dimarahi ibunya. Pastu Ahmad menangis dan berkata

álangkah beruntungnya sikecil itu masih memiliki seorang ibu untuk memarahi dia’’.

Rakannya Raja lambat pikap, rupanya kawanya sudah kehilangan ibu sejak kecil.

So, hargailah kedua ibubapa kita sementara mereka masih ada. Kerana manusia akan menghargai sesuatu apabila kehilangannya.


Tazkirah hari ni pasal ibu jugak yg dismpaikan olh Afiq.

Kenapa ada hari spt Hari ibu, hari bapa, hari raya, hari guru, hari kanak2 dan sbginya. Kenapa tiada hari untuk Allah. sebabnya adalah kerana cinta kita kpd manusia adalah bermusim.
(sorry afiq, kami x faham bahasa bebunga2 yg disampaikan anda...so, kami buat rumusan pendek je.)

Sebab cinta kepada Allah tidak bermusim. So, same2 kita hayati…

Wallahualam.


Friday, May 9, 2008

dakwah dan tarbiah

بسم الله الرحمن الرحيم

salam...

tazkirah asar td dismpaikan oleh muzakkir yg hot iaitu Saudara Shahridwan.
sebelum memulakan bicara, dia berkata:

''saye bknlah org yg layak utk mnyampaikan perkara ini''


Dia membahagikan kpd dua perkara utama :

1)dakwah tanpa tarbiah
-seperti dakwah secara tidak langsung. ex, umat islam berkelakuan baik, memberi contoh yang baik kpd non muslim.

2)tarbiah tanpa dakwah
-bermaksud, sesorang itu ada ilmu tapi xde usaha utk berdakwah.

so, sekerdil mana pun kite, kite tetap pendakwah

wallahualam.

Thursday, May 8, 2008

amal soleh

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam...

Alhamdulillah, setelah membuat prbcgn sesama sendiri, akhrnya dapt kami atasi konflik dlmn yang melanda team kami. Hsl sokongan shbt2 blog, espclly tok guru kami,
Jpah, kami x jd bersara.

Tazkirah ptg td disampaikn oleh
Safuan KISAS. safuan telah bercerita satu kisah. dikisahkan, pd zaman dahulu kala, ada 3 org pengembara(bukan SHUMURI). dlm perjalanan meneruskan pengembaraan, mereka berhenti rehat disebuah gua.

indahnya ciptaanNya

ketika berehat, tiba2 ade batu jatuh dan menutupi pintu gua.
salah seorang drpd mereka berkata '' nampaknya sampai disini saja ajal kita, dan kite redha jelah'' selepas termenung n berfikir lame, akhirya salah seorang drpd mereka berkata:

'
'apakata kite duduk dan pikir blk amal yg kite lakukan selameni, same adeikhlas atau x''.

Dan si A pun cakap dia pernah jaga mak ayah dia dngn beri mereka minum susu sblm mereka masuk tido. Tapi ade satu hari, dia terlewat dan ibubapanye dah tido. diapun tunggu sehingga ibubapanya terjaga dan memberikan susu berkenaan. lalu si A pun berdoa

'
'andaikata sgl amal yg aku lakukan ini ikhlas, maka tunjukkanlah jln keluar''.

tbe2 batu tu bergerak. tetapi hnye sdkit.


dan si
B cakap bhwe die pnah minat sepupu perempuanye yg sgt cantik. tetapi perempuan itu tlah berkahwin dgn jejaka plhnnye. satu hari, sepupunye td memerlukan bantuan kewangan dan berjumpe dgnnye. lalu die menyuruh sepupunya itu berzina dgnye sblum memberi bantuan kewangan. tetapi, dlm process meneruskan penzinaan, tibe2 die terdengar suara dan tersentak lalu melepaskan sepupunya pergi. dan berdoa seperti si A, lalu batu td bergerak lg. tetapi msh tdk muat utk keluar.

dan si
C berkata, dia memiliki ladang tetapi tertinggal utk memberi upah kpd slh seorang perkerjenye. duit itu tlh dignkan untuk membeli ternakan, n trnkn itu membiak dgn rancaknye. sekian lame, pekerjanya dtg menuntut blk hsl upah. dgn baik hatinya, dia memberi sgl hasil ternakan drpd duit upahnya itu. lalu si C berdoa, dan batu td bergerak.

akhirnya, mereka bertiga menemui jln keluar.

Pengajaran yg plg penting bleh diambil ialah, segala amalan yg kite lakukan hendaklah ikhlas dan mengharapkan keredhaan Allah SWT.
same2 lah kita fikir.
insyaAllah kalau ape yg kite lakuka ikhlas, Allah akan balas. sesungguhnya Allah itu maha pemurah.


Wallahualam.

Wednesday, May 7, 2008

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam…..

Tazkirah ptg nie pasal mensyukuri nikmat by AFIQ…(ex pres MUSCOM)

Bak kate afiq…kite kne r bersyukur sbb Allah bagi kite byk sgt nikmat trutamanya nikmat Islam….cth lain,nikmat kesihatan,ibu bapa,scholarship dan belambak lagi….

Tu dlm konteks Allah dan hamba….dlm konteks antara manusia lak,cthnye cm cite nie…

Syauqi bagi hadiah kat aslam…aslam kne r hargai syauqi sbg kwn…bkn hargai hadiah tu lbh dri kwn tu sndri….


Second point afiq,die bagi kronologi…

Bygkan kite dlm satu kapal,tengah berlayar kt pulau yg tenan,then tbe2 ribut kuat gle n kapal kne pukul ngn ombak smpai kapal terumbang ambing…then pk kn waktu tu adakah kte stil ingat dunia ataupun ingat tuhan n berdoa pd tuhan spya diselamatkan….


Same gak r dlm hidup kte sbg student,jgn hnya mntk pertolongan ble nk exam je…time len kite jd lupa padaNya….cth lain time sakit ke…bru nk ingat padaNya….

Same2 r pikir…


Wallahualam.

Tuesday, May 6, 2008

salam

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, kami sempat mendegar tazkirah yg disampaikan Sayed. sblm memulakan, sayed memyampaikan hadis dlm bhs arab tetapi kami x phm arab. Hadis yg berbunyi seperti:


''berilah salam bagi yg berkenderaan pd yg berjalan, bagi yang berjln kepada yang duduk, bagi yg sdkt kepada yang ramai dan yg muda kepada yg tua''.


knp yg berkenderaan kpd ya bjln, krn menunjukkan rasa rndh bg yg memiliki harta.
knp yg bjln kpd yg duduk, mnjkkan bhwa org yg lebih upaya atau sht kpd yang x berkemampuan. Yg muda kpd yg tua krn menunjukkan rasa hormat kpd yang lbh tua.

slm juga adalah doa sesama kita.Di smpg itu, ketika bg slm blehlah senyum sebagai tnda kesungguhan dlm menyampaikan salam. Org yg menjawab salampun akn rasa gembira dan sejuk hatinya. Fikir2kanlah...

cutenye

Begitulah sedikit rumusan daripada kami. Sbnrnya banyak lg yg diperkatakan, tetapi cukuplah skdr ksmpln.

Wallahualam.