Wednesday, October 29, 2008

Apabila Jiwa Terusik

بسم الله الرحمن الرحيم





Nabi Muhammad SAW pernah berkata semasa hidupnya: hati itu kalau baik maka baiklah seluruh anggota, jika buruk, buruklah semua anggota. Hati itu juga baginda katakan sebagai sangat mudah berbolak balik & kita diajar untuk meminta pada Ilahi untuk ditetapkan hati dalam setiap perkara.



Dalam sebuah bahan bacaan yang tak kuingati pengarangnya, beliau berkata mengenai hati & perasaan. Seorang yang punya banyak ‘wisdom’, adalah seorang yang tak dibiarkan hati & perasaannya liar tak tentu halanya. Bahkan, hati & perasaan adalah umpama air sungai yang sepatutnya diempang. Apabila diempang bukanlah ia ditahan alirannya sepenuhnya, bahkan dikawal pengalirannya agar aliran air tadi bisa memberi manfaat seperti untuk mengairi pertanian dan sumber janakuasa elektrik.



Apabila dibiar mengalir sahaja sedikitlah manfaat aliran air sungai tadi. Semakin dalam diempang maka semakin besarlah manfaatnya, dan penting diingat bukan diberhentikan alirannya kerana empangan tadi boleh pecah. Begitulah jua kita, usahlah ditahan jiwa dan perasaan sehingga memakan diri bahkan alirkannya pada keadaan & ketika yang sesuai agar bermanfat pada diri.


menyunting bunga di taman


Namun, apakan daya, lumrah manusia, aliran tadi takkan selamanya tenang dan sekata. Tatkala hujan di hulu, maka semakin deraslah alirannya & sepatutnya aliran dibuka agar diri tidak rosak & empangan tidak pecah. Apabila jiwa & perasaan diusik, dan apabila ketikanya tiba, maka ada pintu khusus dari empangan tadi yang seharusnya dibuka kerana aliran normal empangan tidak akan mampu menahan hujan di hulu.



Muhammad SAW mengajar agar dibuka empangan ini bahkan baginda mengajarkan bahawa menyegerakan membuka pintu ini sebagai salah satu daripada empat yang perlu disegerakan. Bahkan Muhammad SAW menyatakan ia menyempurnakan setengah daripada agama dan ia adalah sunnahnya.



Maka buat diri2 yang tiba2 mendapat hujan di hulu, yang telah lama meng’empang’ rasa, segerakanlah dibuka pintu itu dan biarlah pintu itu dibuka dengan cara yang betul. Usahlah pula tergopoh gapah membuka pintu itu, biarlah disegerakan tapi dibuka dalam keadaan yang tenang.



Semoga air yang diempang kembali tenang dan semoga tenanglah hati menjalani kehidupan. Begitulah pabila Adam & Hawa tuhan temukan ketikamana Adam keseorangan.





Shumuri.blogspot.com
6.59 am, Rabu.
29 Syawal 1429H.

14 comments:

Lili said...

salam...

huh??? tinggi sgt la bahasa shumuri... xpaham. straight forward skt ble x??? ada highway xnak guna nak guna jalan bengkang bengkok

Shumuri said...

Wsalam.

Lili,

Adakalanya highway adalah perkara terakhir yg kita inginkan sewaktu brkenderaan,

Mungkin jalan kampung adalah jalan terbaik pd waktu2 trtentu, bukan?

Tak mengapa Lili, cubalah brtanya rakan2 yg lebih faham..Mungkin ada yg mampu mmberi pnjelasan..

Anonymous said...

salam2..

bace paling bawah baru paham sikit2..itu pon disahihkan dengan kaitan 'adam n hawa'..oho, shumuri cite pasal kahwen ek ni??wa3!!

yg atas tu copy paste ke mmg hasil nukilan shumuri sendiri??gile ah bahasa, x paham mende..empangan gitu!!fuh~

tolong jawab ni, entri ni pasal kahwen kan??hehehhe..

=)

Shumuri said...

eh? kakak...

hmm..entahla.,
agak2nye ape la shumuri merepek ni yek..

Anonymous said...

salam..
ntah le shumuri ni..
ckap le trus terang..
nanti org salah pham lak..
hurm..
stiap org ade tfsiran berbeza..
ape yer mksd tersirat yg sebenr???

Shumuri said...

to harubiru,

Bacalah dgn mata hati.,
yg gelap mnjadi terang.,
persoalan mnjadi jawapan..
apa yg terlintas di hati..
itulah sebenarnya ku nukilkan..

ceria2 selalu, smoga 'harubiru' mnjadi 'tenang' dan 'tenteram'=)

Anonymous said...

rsenya dh dpt ape yg shumuri cuba smpaikn..
tp keraguan msih me'rajai' hati ini..
insyallah..wat paham2 ajelah..n
doakn diri ini sentiasa mendpt ketenangan dan ketenteraman jiwa..aminn

Lili said...

salam....

shumuri2.... btol ke pasal kahwin??? ke nak sindir bdk2 yg berkupel kat pathway tu??

gambar bunga pink tu mcm ada maksud yg teramat tersirat. i don't know. might interprete it wrongly. God knows best.

anyway, jalan kampung mmg la best pd masa tertentunye... xyah bayar tol, dpt tgk pokok2, kereta xbyk. tp, kalo bab2 nak sampaikan info ni baik guna highway. afraid that ppl misinterprete in lain pulak jadinye. ka?

Anonymous said...

hmm,.

nk smpaikan info kne guna highway?? ish3,buat ape nk pakai highway cik lili oi..ksianla kenderaan2 xde jalan nk gune.

puisi, cerpen, pantun, sajak, cerita2 sastera dll semuanya pun nak smpaikan info jugak..tp the way they express it pn ade makne2 trsirat jgk, bukan? knpela agak2 nye ye?


cubala tanya siapa2 yg rase2 tau maksud trsirat post ni.. =)

Lili said...

xkesah la shumuri. highway ke, jalan kg ke, asalkan sampai destinasi tu bagus la. dpt tangkap rasenye apa yg shumuri cuba sampaikan. xpayah la nak tanye2 org.. bukan nye ada pape pon...

Anonymous said...

hamba tersgtlah paham post shumuri ni...
sungguh tersirat lg bermakna...rugilah sesiapa yg x phm tu..

p/s: tetapi mcm ade yg x kena ngan hati shumuri ni smpai bole post entri sebegini..hamba doakan shumuri tidaklah terkena penyakit hati ye..

aKmA said...

salam2..

hehe..hanya mereka dan keluarga mereka aje yg tahu..mari husnuzzon dgn shumuri..kui3~tapi tula, apelah di'repek' kan ye??hehe..eh2 shumuri x jawab lg..memang anda ke wat intro ni??arghh mcm x percaye plak..huhu~

sunan, kenape x singgah blog hamba untuk khabarkan perkhabaran sepatah dua??huhu~jemputan ikhlas ni..huwaaaaa

Anonymous said...

hoho,.
terima kasih banyak2 laksamana sunan krn mndoakan Shumuri.,

Adapun Shumuri adalah insan biasa cuma., adat lumrahnya manusia terkadang 'terusik' jg jiwa wpun sebolehnya m'empang' rasa..

Adakalanya air yg mngalir tak selaluunya tenang dan sekata, hujan lebat di hulu bisa mnybbkan banjir di muara..

Smoga artikel ini brmanfaat buat anda laksmanasunan, sebagai pedoman utk 'masa depan' itu yg pastinya akan tiba jua..=P

Lili said...

salam

kalo xkeberatan, tulis lah post yg bkaitan ngan cara nak elakkan mengempang. yela.. fitrah manusia kekadang ter'simpang'. tapi kalo dah slalu ter'simpang' tu xbaek la pulak, kan?

thanks b4 hand