Saturday, October 25, 2008

Fenomena Kad Comel di Musolla: Antara Dulu & Kini

بسم الله الرحمن الرحيم






Assalamu'alaikum wbt!

Apa Khabar para pembaca sekalian? Bagaimana peperiksaan AS mahupun Sem?
Pihak Shumuri mendoakan agar pembaca berada dlm keadaan sihat2 sahaja hendaknya dan semoga baik sahaja dlm peperiksaan kalian..
Kebelakangan ini, blog berada dlm keadaan idle mode, di sebabkan pelbagai kekangan terutamanya kekangan masa dan prioriti.

Baiklah, kita selami topik pada kali ini..
Teruskan Membaca..!

gambar hiasan


KAD MISTERI YG TURUN DARI LANGIT


Memutar kembali masa ke beberapa bulan yg lepas, iaitu pada sekitar permulaan tahun 2008., Di suatu subuh yg dingin dan hening serta damai bertempat di Musolla As-Saad KYUEM,.pihak Shumuri serta jemaah surau yg lain seperti biasa, selepas shaja menunaikan solat subuh secara berjemaah, kami sama2 berkumpul duduk dalam satu majlis tazkirah utk mmperingati satu sama lain.Seingat Shumuri Muadz adalah insan yg brtindak mnjadi Muzakkir pd Subuh itu.Tazkirah pn bermula dgn bacaan Ummul Kitab.



http://www.mukmin.info/alquran/51_055.gif
"Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman. "Adz-Zariyat,55.



Setiap butir peringatan yg terpacul dr mulut saudara Muadz tentu shj menimbulkan secebis keinsafan kpd siapa jua yg memiliki hati yg mendambakan keredhaan Ilahi.Sedang shj beliau mmberi tazkirah,..Namun...


Tiba-tiba..


Beliau terdiam.Mulutnya yg basah dgn bacaan ayat2 Al-Quran itu terkunci seribu bahasa.Hanya bahasa mata yg shj yg mampu berkata2.


Di sinilah bagaimana segalanya bermula..Satu kenangan yg tak dpt dilupakan itu..


Beliau mendongak ke atas dgn capaian sudut tirus yg lebih sedikit drpd kelakuan manusia normal.Kira2nya 45 darjah ke atas Shumuri mencongak sbntar.

Dalam pada itu., jemaah masih terpinga2."What's happening?" jerit hati kecil Shumuri.(amboih, speaking plak tuh, tak bleh blah btol).Ada sesuatu yg menggangu kosentrasinya ketika itu, beliau memandang tepat ke belakang menembusi para jemaah yg terpinga2 kehairanan.Suatu keanehan berlaku, Muadz memandang tepat ke arah Jemaah Muslimat di atas!


Jemaah yg kehairanan separa serentak memandang ke belakang.

Tempat Kejadian.Kad diturunkan dari atas menggunakan tali yg diikat.

dari sudut atas

Kelihatan satu objek asing(obviously bukan makhluk asing occay!) perlahan lahan turun, dari bahagian solat muslimat di atas itu. mengaplikasikan konsep tuas yg dipelajari semasa darjah empat, objek tersebut diturunkan dgn mnjadikan dinding pembahagi sebagai tuil(pulley) bg melancarkan pergerakan.Daya geseran ataupun Friction yg trdapat pd pulley itu tiadalah pula Shumuri ambil tahu berapa kuatitinya.Mungkin saja Negligible.

Sehinggalah objek trsebut separa tergantung di awang2 an. Kelihatan pula beberapa Muslimat di atas yg lagaknya sprt Samurai bertopeng krn menutup sbhgn muka mereka mnggunakan telekung,berusaha bersungguh2 meng adjustkan objek tsebut berada dlm posisi yg sesuai.

Tempat ini dipercayai merupakan tempat persembunyian Samurai2 Subuh pd ketika itu

Setelah di amati betul2 barulah, pihak muslimin yakin bhwa objek trsebut bukanlah sesuatu yg mmbahayakan spt bom jangka, atau jerangkap samar, ataupun umpan yg digunakan utk menangkap tikus atau memancing ikan..

Tetapi sebaliknya ia adalah Sebuah Kad Comel!

yg di dalamnya ada trkandung mesej yg ringkas dan padat.


"Sila guna mikrofon"

Begitulah kira2nya bunyi mesej trsebut, yg merujuk kpd Muzakkir agar menggunakan kemudahan mikrofon bg manfaat mereka muslimat di atas yg turut sama mahu mendengar tazkirah trsebut.

Oh, rupa2nya ada sesuatu yg ingin disampaikan oleh Muslimat di atas, suatu bentuk permintaan, yg akhirnya mengundang gelak tawa pihak Muslimin di bawah, memecah keheningan subuh yg damai itu.


Inilah kad2 comel yg dimaksudkan


Lihat sahajalah peristiwa itu,.Di awal2 Subuh lagi, tatkala orang lain masing2 sedang nenyak di buai mimpi, tletak di suatu sudut di dalam kolej, Di dalam Musolla As-Saad itu sudah ada sebuah sketsa pagi yg mencuit hati yg mampu membuat kan orang2 yg terlibat senyum sorang2 apabila mengenangkan peristiwa ini. Ah, kenangan indah memang selalunya begitu!



GELOMBANG AYAT2 CINTA DI KOLEJ DAN FENOMENA KAD COMEL

Novel yg digilai oleh muda mudi KYUEM pd ketika itu



"Apa ada dengan Ayat2 Cinta?"soal seorang teman yg lebih mempersoalkan drpd menyoal.

Tidak bersetuju dgn pelajar yg begitu menggilai Novel karya HabiburRahman Elsherazy itu, sehingga ada yg sanggup mengaku diri mereka sbg watak utama di dalam novel tersebut! Obsessi apakah ini? katanya.

Maklumlah, Kolej pada ketika itu mmg hangat dgn gossip2 tentang Novel Ayat2 Cinta yg kini telah difilemkan dan telahpun ditayangkan dlm TV3 sbg rancangan box office di musim perayaan Aidilfitri tempoh hari.

Bahkan tidak disangka2 idea penciptaan kad comel tersebut juga adalah inspirasi yg diperoleh oleh seseorng drpd Novel tersebut juga. Bahagian di mana Maria sering menurunkan sebuah bakul kecil yg diikat tali dr tingkap biliknya ke bilik Fahri utk memesan sesuatu tanpa perlu turun ke bawah. Untuk lebih lanjut sila klik link di bawah

http://pacatcomel.blogspot.com/2008/09/rahsia-di-sebalik-kad-chumel.html

ZAMAN DAH BERUBAH, DUNIA MAKIN MAJU


lebih elegent

"Zaman dah berubah, dunia makin maju."Modal ini sering digunakan utk merujuk kpd perubahan pesat teknologi moden masa kini.Terpengaruh dgn iklan di televisyen barangkali.

Hal ini tak terkecuali juga terhadap apa yg berlaku pada kad comel dewasa ini. Jarang sekali kelihatan kad itu turun seperti dulu, ataupun mungkin tidak pernah lg. Kalau ada pun, jz utk meminta agar di pasangkan kipas shj.

Persoalannya, Mengapa berlaku sedemikian??


Jawapannya mudah.

"Zaman dah berubah , dunia makin maju".ini mungkin antara jwapan yg paling sesuai utk dinyatakan.

Kira2 beberapa bulan lepas, sebelum Ramadhan, Musolla sudahpun dilengkapi dgn PA system yg agak mantap, setara dgn PA system di Lecture Hall, mahupun di Great Hall.Kini, capaian serta kualiti bunyi yg di keluarkan ke speaker adalah 1000 kali lebih baik berbanding sebelumnya.

speaker baru utk bahagian muslimat.kini lebih clear!


can u spot the different? speaker lama used to be put dkt tiang tgh ni(sblh kiri gambar), tp kini di reposition ke sblh kanan yg lebih widecoverage

Bagi memudahkan gambaran., pihak muslimat tak perlu lagi bersusah payah utk turun ke bawah utk mndengar kuliah.Cukup shj dr atas, mmg sudah lebih dari jelas kedengaran setiap yg dituturkan.Dengan posisi yg wide coverage, system baru ini dilihat lebih menyeluruh dan lebih berkesan dr segi kejelasan bunyi nya.


PA System yg baru, setaraf dgn PA System di Great Hall

"Aku dah tua,..tak larat dan terbuang.." keluh si PA system lama yg sudah tak mampu brkhidmat dgn baik spt dulu.Biasalah habis madu sepah dibuang.

Apa pun., yg pasti, fenomena kad comel ini cukup itu dijadikan antara memori yg sukar utk dilupakan di KYUEM ini.Cara yg kelihatan kuno dan agak tradisional itu, walaupun mengundang gelak, namun disebaliknya terselit falsafah serta nilai yg patut kita fikir2kan.Syabas kepada inventor!


Kuno tak semestinya lapuk, moden tak semestinya beradab. Walaupun tua, atuk2 dan nenek2 kita kaya dgn sopan santun dan budi bahasanya yg tinggi.Berhikmah dlm setiap perlakuan.Berbanding muda-mudinya yg bukan shj tak cukup adab, malah terlebih biadap!



Sama2 kita renungkan..


Shumuri.blogspot.com
10.59 pm.
26 Syawal 1429 H,

Di sini tersimpan segala kenangan yg takkan dpt dilupakan bg siapa yg mengerti


P/S: Shumuri cuma terfikir kalau ada perkataan, "TQ" atau "Thanx" atau "Terima Kasih" selepas perkataan "Pasang Kipas" atau "Sila Guna Mikrofon" pada kad comel itu, tentu ia lebih comel kan? =P

2 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah
Akhirnya musolla As-Saad dah ade PA baru, rugi pulak lambat dapat tahu hal ini.

To shumuri and the gang, teruskan usaha dakwah melalui teknologi yang ada sekarang. Insha-Allah kami bekas warga kolej sentiasa mendoakan kalian. Andai ada sebarang masalah, berbincanglah, insha-Allah pasti ada penyelesaiannya.

Wallahua'lam

Muhammad Za'im Mohamad Yusoff said...

salam

ayat last memang..........

ZAPPPPPPPPPPP!!!

terkena jugak kat batang idung yang menulis..kekadang kite tend to terlupa kan?! Tq Shumuri kerana mengingatkan..

Neway, aku rasa aku lebih banyak gelak daripada memahami konteks ayat yang cuba diutarakan~

Neway, allhamdulillah, everything has changed to a better pace! Piloting the ummah to a more harmonius atmosphere! ;)