Assalamualaikum.
Tazkirah petang tadi disampaikan oleh saudara Gmah aka azim.
jimah mengajak kita bersama2 bersyukur kerana masih dapat menikmati nikmat Allah SWT. Kepada sahabat2, janganlah bersedih dengan kesusahan soalan P3 tadi. Janganlah bersedih kerana pertolongan Allah SWT pasti akan datang, kita semua dah berusaha, insyAllah apa yang kita usaha itu diberkati oleh Allah swt.
Banyakkanlah berdoa dan janganlah disebabkan P3 tadi, kita jauh daripada Allah SWT. InsyAllah Allah akan menolong hambanya yang dalam kesusahan.
Jimah menceritakan kisah hidupnya. Sewaktu kecil, dia suka menonton doraemon. Tetapi, waktu tayangannya pada pukul 7.30 iaitu ketika waktu maghrib. Lalu abangnya menyuruh dia sembahyang, tetapi jimah enggan. Dalam dirinya, muncul perasaan ingin melawan ketentuan Allah SWT kenapa waktu solat pada pukul 7.30.
Janganlah kita melawan kuasa Allah SWT. Setiap yang terjadi itu pasti ada hikmahnya. Kerana Allah itu Maha Mengetahui. Tidakkah kita bersyukur dengan apa yang kita nikmati sekarang ini, udara yang free tanpa perlu dibayar. Sedarlah, dan marilah bersama bersyukur dengan apa yang kita nikmati sekarang.
Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment