Monday, June 2, 2008

gagak

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum.

Tazkirah petang disampaikan oleh saudara Afiq.


Dia menceritakan tentang pengalamannya pergi makan2 disebuah restoran ditepi pantai di daerah kelang, kebiasaanya, pada waktu lepas maghrib, akan kelihatan burung Camar. Namun, di kelang kelihatan sekumpulan burung gagak. Menurut penduduk kampung, kelang memang famous dengan kehadiran gagak.


Apabila Afiq melihat gagak, dia merasai bahawa gagak mempunyai satu falsafah iaitu:

‘’Hidup biar berbakti walaupun dikeji’’

Hal ini dapat dilihat dalam kehidupan sebenar, gagak ibarat majlis bandaraya yang mengutip sampah sarap. Walaupun ia berbakti, tetapi tetap dibenci dan dihalau penduduk.

Di kolej, mungkin ada sesetengah pihak mengalami situasi seperti ini. Walaupun dia menegur kearah kebenaran, tetapi tetap diburuk2kan oleh sesetengah pihak yang dengki. Tetapi ingatlah, jika kamu menolong agama Allah, InsyaAllah Allah akan menolong kamu. Janganlah putus asa, teruskan menyebarkan kebenaran.

Wallahua’alam.

No comments: