Thursday, June 5, 2008

jemaah

بسم الله الرحمن الرحيم

Tazkirah hari ni disampakan oleh saudara Muadz.

Muadz menyedarkan kita semua dengan kepentingan solat jemaah.

Diceritakan, disebuah surau terdapat seorang pemuda. Lalu pemuda ini ternampak satu keluarga yg datang utk mendirikan solat. Mereka masuklah kedalam surau dan berpecah. Si bapa kesatu sudut, anak disudut yang lain dan abg pula disudut yang lain. Namun pemuda ini bersangka baik bahawa mereka ingin menunaikan solat sunat.

Sangkaan pemuda ni salah, rupa2nya mereka telah menunaikan solat jamak dan qasar secara bersendirian.

Pada pandangan pemuda ini, mungkin mereka tidak mengetahui kepentingan solat jemaah. Mungkin juga tidak diberi didikan tentang bagaimana ingin menjadi seorang imam.

So, bersama2lah solat jemaah dan latihlah diri utk menjadi imam. Kalau tak tahu nak jadi imam, macam mana nak jadi ketua keluarga. Fikirkanlah…

Wallahua’alam.

No comments: