Friday, June 6, 2008

pilus,rumput dan FORCE

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum.

Ptg tadi tazkirah disampaikan oleh saudara Zaim.

Dia membuka satu analogi lawak.

Di sebuah skolah, sorang pensyarah menulis sesuatu atas papan putih.

Woman without her man is nothing.

Lalu sorang anak murid laki2 keluar dan membetulkan ayat tu:

Woman, without her man, is nothing

Lalu sorang perempuan keluar dan membetulkan ayat tu:

Woman, without her, man is nothing

So, kta memerlukan antara satu sama lain.

Zaim juga bercakap pasal P=F/A

P= ibarat tekanan yg kita perlu hadapi.

F=ujian yang kita terima, dan ujian yang kita hadapi akan bertambah dari hari ke hari.

A=keluasan pemikiran kita

So, jika F yg kita terima tinggi, maka tekanan yang kita hadapi akn tinggi. Perlulah kita mencari jalan utk mengatasi masalah ini.

Jadi, luaskanlah pemikiran kita. Jika A kita tinggi, maka tekanan yang kita hadapi akan berkurang dan rendah.

Bersama2lah kita mencari jalan dalam menghadapi setiap dugaan yang kita hadapi.

Wallahu’alam.

________________________________________________________________________

Assalamualaikum.

Tazkirah subuh disampaikan oleh saudara Izuan Pilus.

Pada pagi yang indah, Izuan mengajak kita bersyukur dengan nikmat islam dan nikmat iman. Kita patut bersyukur kerana dilahirkan dalam bergama islam dan apabila sudah baligh kita masih dengan agama islam.

Izuan juga memetik tazkirah yang pernah disampaikan oleh saudara yahya. Kita ibarat kertas A4. jika elok corak dan apa yang ditulis diatasnya, maka baiklah jadinya. Begitulah kita, dilahirkan dalam agama islam dan bersih dsari dosa. Jika kita melakukan apa yang disuruh Allah dan meninggalkan laranganya, maka baiklah balasanya.

Point seterusnya, tentang pemerhatian Izuan terhadap buruh yang membina taman depan RC. Kagum dengan mereka. Mereka dapat bajet saiz rumput untuk diletakkan disetiap penjuru dan ruang. Walaupun kita menduduki a-level, belum tentu dapat kita lakukan. So, janganlah kita memperkecilkan mereka dengan kerja mereka. Setiap orang mempunyai kelebihan masing2.

Janganlah kita memperkecilkan kebolehan orang lain.

Wallahua’alam.

Thursday, June 5, 2008

jemaah

بسم الله الرحمن الرحيم

Tazkirah hari ni disampakan oleh saudara Muadz.

Muadz menyedarkan kita semua dengan kepentingan solat jemaah.

Diceritakan, disebuah surau terdapat seorang pemuda. Lalu pemuda ini ternampak satu keluarga yg datang utk mendirikan solat. Mereka masuklah kedalam surau dan berpecah. Si bapa kesatu sudut, anak disudut yang lain dan abg pula disudut yang lain. Namun pemuda ini bersangka baik bahawa mereka ingin menunaikan solat sunat.

Sangkaan pemuda ni salah, rupa2nya mereka telah menunaikan solat jamak dan qasar secara bersendirian.

Pada pandangan pemuda ini, mungkin mereka tidak mengetahui kepentingan solat jemaah. Mungkin juga tidak diberi didikan tentang bagaimana ingin menjadi seorang imam.

So, bersama2lah solat jemaah dan latihlah diri utk menjadi imam. Kalau tak tahu nak jadi imam, macam mana nak jadi ketua keluarga. Fikirkanlah…

Wallahua’alam.

La Tahzan

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum.

Tazkirah petang tadi disampaikan oleh saudara Gmah aka azim.

jimah mengajak kita bersama2 bersyukur kerana masih dapat menikmati nikmat Allah SWT. Kepada sahabat2, janganlah bersedih dengan kesusahan soalan P3 tadi. Janganlah bersedih kerana pertolongan Allah SWT pasti akan datang, kita semua dah berusaha, insyAllah apa yang kita usaha itu diberkati oleh Allah swt.

Banyakkanlah berdoa dan janganlah disebabkan P3 tadi, kita jauh daripada Allah SWT. InsyAllah Allah akan menolong hambanya yang dalam kesusahan.

Jimah menceritakan kisah hidupnya. Sewaktu kecil, dia suka menonton doraemon. Tetapi, waktu tayangannya pada pukul 7.30 iaitu ketika waktu maghrib. Lalu abangnya menyuruh dia sembahyang, tetapi jimah enggan. Dalam dirinya, muncul perasaan ingin melawan ketentuan Allah SWT kenapa waktu solat pada pukul 7.30.

Janganlah kita melawan kuasa Allah SWT. Setiap yang terjadi itu pasti ada hikmahnya. Kerana Allah itu Maha Mengetahui. Tidakkah kita bersyukur dengan apa yang kita nikmati sekarang ini, udara yang free tanpa perlu dibayar. Sedarlah, dan marilah bersama bersyukur dengan apa yang kita nikmati sekarang.

Wallahu’alam.

Tuesday, June 3, 2008

solat

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum.


Hari nie, Famy memberi tazkirah berkenaan kelebihan mengangkat tabir bersama2 dengan imam. Rasulullah pernah ditanya oleh Abdul Rahman Bin Auf, bagaimana beliau dapat membayar atau mengganti balik takbir yg x smpat disempurnakan bersama2 dgn imam. Walaupun dibayar dengan 100 ekor unta skali pun, tetap tidak dapat membayar balik takbir yg tak sempat itu.


Muadz menambah, beribadatlah kepada Allah seolah2 kita akan meninggal pada esok hari. Kerana kita tidak akan mengetahui bila kita akan dicabut nyawa oleh Allah SWT.


Zaim menambah, kita hendaklah selalu mengingati mati kerana orang yang paling bijak didunia adalah orang yang mengingati mati.


So, janganlah kita mengejar dunia semata2. kejarlah akhirat, insyaAllah yang dunia akan datang.


Wallahua’alam.


Monday, June 2, 2008

gagak

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum.

Tazkirah petang disampaikan oleh saudara Afiq.


Dia menceritakan tentang pengalamannya pergi makan2 disebuah restoran ditepi pantai di daerah kelang, kebiasaanya, pada waktu lepas maghrib, akan kelihatan burung Camar. Namun, di kelang kelihatan sekumpulan burung gagak. Menurut penduduk kampung, kelang memang famous dengan kehadiran gagak.


Apabila Afiq melihat gagak, dia merasai bahawa gagak mempunyai satu falsafah iaitu:

‘’Hidup biar berbakti walaupun dikeji’’

Hal ini dapat dilihat dalam kehidupan sebenar, gagak ibarat majlis bandaraya yang mengutip sampah sarap. Walaupun ia berbakti, tetapi tetap dibenci dan dihalau penduduk.

Di kolej, mungkin ada sesetengah pihak mengalami situasi seperti ini. Walaupun dia menegur kearah kebenaran, tetapi tetap diburuk2kan oleh sesetengah pihak yang dengki. Tetapi ingatlah, jika kamu menolong agama Allah, InsyaAllah Allah akan menolong kamu. Janganlah putus asa, teruskan menyebarkan kebenaran.

Wallahua’alam.