Friday, August 1, 2008

Dari Mimbar Musolla As-Saad: Khutbah Jumaat

بسم الله الرحمن الرحيم




Assalamua'alaikum wbt

Bertepatan dengan hari ini, hari jumaat Sayyidul Ayyam(penghulu segala hari)..Shumuri membawakan the truly version of "Dari mimbar Musolla As-Saad" which is Khutbah Jumaat itself..dari mimbar musolla la ye dak? mane lagi..


Tarikh: 1 ogos 2008(bermulanya MOC bg supersenior)
Tempat:Musolla As-Saad
Khatib:Ustaz Malike Syafie
Tajuk: Masjidil Aqsa dan Nakbah Palestin


Bertepatan dengan sambutan Isra' Mikraj yg diadakan di seluruh negara, Mimbar Jumaat kali ini mengupas satu perkara yg begitu berkait rapat dengan peristiwa Isra' Mikraj iaitu tempat di mana nabi Muhammad SAW dibawa dari Masjidil Haram iaitu ke Masjidil Aqsa (Palestin)


Seterusnya, mimbar Jumaat mengupas rentetan sejarah bagaimana negara Palestin yg pd asalnya di buka oleh Khalifah Saidina Umar Al-Khatab pd 6** Masihi yg juga merupakan negara umat Islam untuk ribuan tahun. Hinggalah pada satu tarikh iaitu 15 Mei 1948, Palestin akhirnya officially telah dirampas 2/3 daripada tanahnya utk dijadikan petempatan masyarakat yahudi zionis Israel laknatullah..dengan bantuan sekutu2 nya seperi British dan PBB.



khutbah jumaat


NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar.

Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam buat penduduk asal bumi Palestin, orang-orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya. Negara Palestin yang selama ini telah dinaungi kedamaian dan keadilan untuk ribuan tahun itu semakin merasai keperitan, kepedihan dan derita yang berpanjangan apabila mereka berada di bawah jajahan dan kongkongan Yahudi Zionis sejak enam dekad yang lalu.



berikut adalah kandungan isi khutbah Jumaat sebentar tadi, dipetik dari website iluvislam.com

http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1005






p/s: shumuri juga kasihan melihat saudara seislam kita di Palestin akibat Nakbah ini, dimanakah usaha shumuri utk membantu mereka? shumuri tertanya-tanya..

No comments: