Monday, May 26, 2008

kadi dan niat

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum.

Tazkirah petang tadi disampaikan oleh saudara Iqtidar. Iq mengajak kita bersama2 syukur kepada Allah SWT.

Iq membuka sebuah kisah komik yang dibacanya. Pada suatu zaman, terdapat seorang kadi di sebuah kampung. Beberapa hari kemudian, kadi itu meninggal dunia. Lalu datanglah seorang pemuda yang tiada hala tuju dan kerja ke kampung itu semata2 ingin menjadi kadi.

Lalu beramallah dia didalam masjid selama beberapa tahun. Namun dia agak kecewa kerana masih tidak dilantik menjadi kadi. Suatu hari. Dia sedar bahawa niatnya selama ini bukan semata2 kerana Allah SWT. Lalu dia bertaubat.



Pada keesokan harinya, dia dilantik menjadi kadi. Namun, dia menolak kerana mengganggap dirinya tidak layak.

Moral cerita, niat kita biarlah betul dan ikhlas semata2 kerana Allah. kita dapat lihat, pada musim exam sahaja ramai yang kesurau, tapi bila tamat exam mereka sudah tidak kesurau lagi. Wallahu’alam.

Jika tidak disandarkan pada Allah SWT, mungkin kta akan kecewa dengan keputusan yang kita perolehi. So, sama2lah kita betulkan niat.

Wallahu’alam.

No comments: