Wednesday, May 28, 2008

Jerry, Jalak, Mimi dan Mona

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum.

Tazkirah disampaikan oleh saudara Hafizuddin. Dia membawa sebuah cerita.


Di sebuah rumah, terdapat pemiliknya bernama Pak Mat. Kerana risau akan keaktifan seekor tikus yang bernama Jerry, dia membeli perangkap dan memasang sekitar ruang tamunya.



Pada keesokan harinya, dia bertemu Jalak seekor ayam. Jerry meluahkan isi hatinya, tetapi Jalak mempedulikan Jerry. Pastu, Jerry bertemu Mimi, seekor kambing. Namun masih kecewa. Akhir sekali Jerry bertemu Mona, seekor lembu. Mona juga tidak mempedulikan Jerry.

Bulan hadapannya, isteri Pak Mat dijangkiti penyakit misteri. Bomoh meminta Pak Mat mencari kaki ayam untuk dibuat sup ubat, dan Jalak dikorbankan. Namun masih x cukup, hati Mimi diperlukan. Namun, tetap tidak sembuh dan akhirnya meninggal dunia.

Mona dikorbankan untuk dijadikan menu untuk majlis. Dan terkorbanlah ketiga2 sahabat.

Pengajarannya, kita hendaklah membantu antara satu sama lain. Janganlah mementingkan diri semata2 walaupun urusan itu x kena mengena dengan kita.

Wallahu’alam.

No comments: