Thursday, July 31, 2008

Sekilas Hari Semalam

بسم الله الرحمن الرحيم




Assalamua'alaikum wbt

Banyak perkara yg telah berlaku semalam yg melibatkan Muscom dan Islam di KYUEM.Pihak Shumuri terpanggil untuk membuat sedikit liputan berkenaan perkara2 tersebut.

SECOND MUSCOM BOOKSALE

Alhamdulillah,.semalam telah berlansungnya satu event yg tidak kurang menariknya oleh muscom iaitu Second Muscom Booksale yg diadakan di LBBS yang juga merupakan lanjutan drpd first MUSCOM Booksale yg diadakan pada hari Rabu yg lepas.Berikut adalah Butir2 second muscom booksale:


MUSCOM SECOND BOOKSALE

Tempat:Lembah Beringin Bussiness School(LBBS)

Waktu: Selepas Asar


Fakta Second Booksale:


-Harga buku dijual Maksimum RM 10

-sebagai jualan penghabisan stok
-Officially, sebagai tanda tamatnya Annual Muscom Booksale pd tahun ini




tapak jualan muscom booksale semalam



Kali ini, fokus utama adalah untuk menghabiskan stok buku2 yg tidak terjual pada first booksale haritu..Lantaran, kebanyakan buku semalam dijual dgn harga RM 10 dan ke bawah! wah, sangat murah..tidak hairanlah menurut sumber yg diterima oleh pihak shumuri terdapat seorang individu junior ini membeli hampir 20 buah buku sekali beli..amazing! mungkin inilah yg dikatakan semangat belajar yg meluap2.satu contoh yg baik.


Semoga beliau dapat memanfaatkan buku yg beliau beli itu, bukan sekadar mmbeli tetapi turut membaca dan berkongsi dgn kawan2 yg lain.Beliau yg dimaksudkan ialah saudara Naufal a.k.a Stabilo, merupakan seorang pelajar Special Scholar tajaan Bank Negara Malaysia yg akan menyambung pelajarannya dalam bidang Actuarial Science, bersekolah dahulu di SAMBEST Selangor.Pernah menjadi watak utama dalam iklan pensel stabilo.best student Malaysia lah katakan..



PUASA SUNAT 27 REJAB

Alhamdulillah, semalam juga pihak Shumuri melihat satu fenomena di mana, ummat KYUEM sama ada junior atau senior telah sama2 berpuasa sunat secara beramai2(walaupun bukan semua).Ada nuqaba' yg berbuka dengan ahli usrah, ada yg berbuka sesama kawan2.Pada malam sebelumnya satu pengumuman telah dibuat oleh saudara Aidid di Musolla As-Saad selepas Isya' bagi menggalakkan orang ramai berpuasa sunat yg secara tak lansung melatih kita untuk menghadapi Ramadhan.

Sungguh seronok melihat keadaan semalam.Harapannya semoga perkara2 seperti ini boleh dianjurkan bersama lagi di masa2 akan datang.Tahniah juga pada mereka yang berpuasa tetapi still dapat mengendali booksale dengan baik!







p/s: Shumuri pun tak percaya shumuri dapat berpuasa sunat semalam..berbuka bersama2 mereka memang seronok.




No comments: