Monday, July 28, 2008

Dah lama tinggal..jadi tak biasa...

بسم الله الرحمن الرحيم




Tarikh: 28 Julai 2008
Waktu: 5.10pm

Tempat: Musolla As-Saad

Muzakkir: Akmal Amri(ex-special task exco of SC 2007)



Tazkirah berkisar tentang pengalaman muzakkir ketika menjalani interview sponsor Bank Negara dahulu..

Selepas beberapa bulan meninggalkan zaman persekolahan,. beliau terpaksa berhempas pulas dan merasa kekok ketika ingin menyiapkan salah satu assessment yg diberikan..iaitu..Menyiapkan 2 buah esei BM dan BI dlm masa yg ditetapkan..

"maklumlah..dah lama tak buat esei..so macam tak biasa la n kekok.." katanya.


akmal amri


Begitulah jua kita yang hidup sebagai hamba Allah,. hidup untuk beribadah.., Iman yg bertambah dan berkurang..Sentiasa perlu mengulangi segala dan sentiasa diperingati kerana., apabila kita tinggalkan suatu amaln itu untuk satu tempoh yang agak lama..nescaya, ia agak sukar untuk kita lakukannya semula serta merasa kekok atau tak biasa dan mungkin akan meninggalkan ia untuk selama2nya wana'uzubillah..

Jadi, sentiasalah istiqamah dengan amalan yg baik, sama ada di dalam mahupun di luar kolej..tambah2 yg berada di luar sana kerana satu amalan yg baik itu tentu sahaja dapat dilakukan di kolej..Tapi dapatkah ia bertahan apabila hidup di luar sana..amat rugilah kita..


Jadi semoga Istiqamah!

No comments: