Tuesday, June 3, 2008

solat

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum.


Hari nie, Famy memberi tazkirah berkenaan kelebihan mengangkat tabir bersama2 dengan imam. Rasulullah pernah ditanya oleh Abdul Rahman Bin Auf, bagaimana beliau dapat membayar atau mengganti balik takbir yg x smpat disempurnakan bersama2 dgn imam. Walaupun dibayar dengan 100 ekor unta skali pun, tetap tidak dapat membayar balik takbir yg tak sempat itu.


Muadz menambah, beribadatlah kepada Allah seolah2 kita akan meninggal pada esok hari. Kerana kita tidak akan mengetahui bila kita akan dicabut nyawa oleh Allah SWT.


Zaim menambah, kita hendaklah selalu mengingati mati kerana orang yang paling bijak didunia adalah orang yang mengingati mati.


So, janganlah kita mengejar dunia semata2. kejarlah akhirat, insyaAllah yang dunia akan datang.


Wallahua’alam.


No comments: