Friday, November 7, 2008

Shu-Mu-Ri kpd S-H-U-MU-R-I (repost)

بسم الله الرحمن الرحيم




Dek kerana terdapat segenap permintaan, maka entri yg pernah di post semasa era kebangkitan SHUMURI satu masa dulu, ia di post semula untuk info bersama..



Setelah berbincang serta meneliti dari segenap aspek baik dan buruknya., pihak shumuri akhirnya mengambil keputusan untuk MENUKAR nama SHUMURI tersebut..


Apa?? menukar nama..??


hehe..jangan risau..
Adapun penukaran tersebut hanyalah daripada SHU-MU-RI kepada S-H-U-MU-R-I..


Jadi, apa penukarannya?Seperti tiada perubahan pun??


Bukan..maksud kami.,pada episod kali ini takrifan akronim shumuri akan berubah sama sekali iaitu dari


Shu-->(Shu**)
Mu-->(Mu**)
Ri-->(***ri)


kepada.. :



S--->Setiaku
H--->Hanya
U--->Untuk
MU---> Musolla As-Saad
R--->Rumah
I--->Ibadahku.


Menarik bukan?? hmm..itulah hikmah penubuhan blog ini yg pd awalnya mengambil nama pengasas2 nya yg akhirnya boleh di ubah menjadi akronim yg lebih menarik dan sangat bertepatan dengan tujuan blog ini di wujudkan...iaitu ingin mendekatkan pembaca yg terdiri daripada penghuni KYUEM kepada satu2nya rumah ibadah di Lembah terasing ini iaitu Musolla As-Saad disamping menyeru individu2 di KYUEM supaya mengimarahkan Musolla sekurang2 nya di setiap lima waktu solat fardhu..






Dahulunya...

Shumuri memaparkan koleksi Tazkirah2 Subuh dan Asar di Musolla As-Saad setiap hari bagi tujuan peringatan serta kepada mereka yg tidak berkesempatan untuk mendengar tazkirah..


Kini...

Shumuri akan meluaskan skop pengisiannya tidak terhad kepada Tazkirah sahaja malah akan mencakupi segenap aspek yang melibatkan Musolla As-Saad termasuklah keadaan Musolla di setiap waktu.,perkembangan terbaru di KYUEM serta masalah2 ummah di sana hinggalah kepada aktiviti rutin musolla daripada usrah, tazkirah ,ceramah , khutbah Jumaat dan lain lain...
InsyaAllah...

Wednesday, October 29, 2008

Apabila Jiwa Terusik

بسم الله الرحمن الرحيم





Nabi Muhammad SAW pernah berkata semasa hidupnya: hati itu kalau baik maka baiklah seluruh anggota, jika buruk, buruklah semua anggota. Hati itu juga baginda katakan sebagai sangat mudah berbolak balik & kita diajar untuk meminta pada Ilahi untuk ditetapkan hati dalam setiap perkara.



Dalam sebuah bahan bacaan yang tak kuingati pengarangnya, beliau berkata mengenai hati & perasaan. Seorang yang punya banyak ‘wisdom’, adalah seorang yang tak dibiarkan hati & perasaannya liar tak tentu halanya. Bahkan, hati & perasaan adalah umpama air sungai yang sepatutnya diempang. Apabila diempang bukanlah ia ditahan alirannya sepenuhnya, bahkan dikawal pengalirannya agar aliran air tadi bisa memberi manfaat seperti untuk mengairi pertanian dan sumber janakuasa elektrik.



Apabila dibiar mengalir sahaja sedikitlah manfaat aliran air sungai tadi. Semakin dalam diempang maka semakin besarlah manfaatnya, dan penting diingat bukan diberhentikan alirannya kerana empangan tadi boleh pecah. Begitulah jua kita, usahlah ditahan jiwa dan perasaan sehingga memakan diri bahkan alirkannya pada keadaan & ketika yang sesuai agar bermanfat pada diri.


menyunting bunga di taman


Namun, apakan daya, lumrah manusia, aliran tadi takkan selamanya tenang dan sekata. Tatkala hujan di hulu, maka semakin deraslah alirannya & sepatutnya aliran dibuka agar diri tidak rosak & empangan tidak pecah. Apabila jiwa & perasaan diusik, dan apabila ketikanya tiba, maka ada pintu khusus dari empangan tadi yang seharusnya dibuka kerana aliran normal empangan tidak akan mampu menahan hujan di hulu.



Muhammad SAW mengajar agar dibuka empangan ini bahkan baginda mengajarkan bahawa menyegerakan membuka pintu ini sebagai salah satu daripada empat yang perlu disegerakan. Bahkan Muhammad SAW menyatakan ia menyempurnakan setengah daripada agama dan ia adalah sunnahnya.



Maka buat diri2 yang tiba2 mendapat hujan di hulu, yang telah lama meng’empang’ rasa, segerakanlah dibuka pintu itu dan biarlah pintu itu dibuka dengan cara yang betul. Usahlah pula tergopoh gapah membuka pintu itu, biarlah disegerakan tapi dibuka dalam keadaan yang tenang.



Semoga air yang diempang kembali tenang dan semoga tenanglah hati menjalani kehidupan. Begitulah pabila Adam & Hawa tuhan temukan ketikamana Adam keseorangan.





Shumuri.blogspot.com
6.59 am, Rabu.
29 Syawal 1429H.

Tuesday, October 28, 2008

Mentari Hidup ku

بسم الله الرحمن الرحيم






Pernah.,
lorong hidup ini tersimpang jauh dari rahmat tuhan,.
Hidup jauh dari pedoman, lantaran keseronokan dan hiburan.,
Tidak tertarik dgn Ganjaran apatah lagi utk takut dgn Siksaan..

Hidup penuh dgn dosa dan noda bak lautan,
Tiadalah terbit walau secebis keinsafan.,
Masihkah ada untukku keampunan?

Namun,..

Tuhan itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Dalam kesuraman dan kekalutan gelap Malam
Di terangi suatu jalan di celah kesesatan dan kegelapan,

Itulah Nur Tuhan.,

Yang hadirnya tanpa di duga fikiran,
Lantas menghidupkan semula pengharapan.,
Memandu semula ke jalan kebenaran,.
Setelah lama hidupku dalam kekusutan,
Kini Hidupku hidup bertuhan.

Aku Bersyukur dgn Jalan ini Ya Tuhan
Moga dikekalkan sepanjang perjalanan.,
Cukuplah pengalaman lalu sebagai pengajaran.,

Inilah pintaku memohon belas dan kasihan,
Inilah rayuan rintihku padaMu Ar-Rahman.
Kekalkanlah Mentari Hidupku di Sepanjang Perjalanan.



"Ya Allah, ampuni segala dosaku yang lampau. Aku terasa hatiku kosong malah kotor pada pandanganMu Ya Allah. Kuharap kau bimbinglah aku agar berada di jalanMu Ya Allah."

-Rintihan HambaMu di Kala Subuh-




Shumuri.blogspot.com
7.05 am,Selasa.
28 Syawal 2008










Kala senja itu tiba
Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan

Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan


Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran


Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan


Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Kuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali



Musolla AsSaad-Kala Senja..

Saturday, October 25, 2008

Fenomena Kad Comel di Musolla: Antara Dulu & Kini

بسم الله الرحمن الرحيم






Assalamu'alaikum wbt!

Apa Khabar para pembaca sekalian? Bagaimana peperiksaan AS mahupun Sem?
Pihak Shumuri mendoakan agar pembaca berada dlm keadaan sihat2 sahaja hendaknya dan semoga baik sahaja dlm peperiksaan kalian..
Kebelakangan ini, blog berada dlm keadaan idle mode, di sebabkan pelbagai kekangan terutamanya kekangan masa dan prioriti.

Baiklah, kita selami topik pada kali ini..
Teruskan Membaca..!

gambar hiasan


KAD MISTERI YG TURUN DARI LANGIT


Memutar kembali masa ke beberapa bulan yg lepas, iaitu pada sekitar permulaan tahun 2008., Di suatu subuh yg dingin dan hening serta damai bertempat di Musolla As-Saad KYUEM,.pihak Shumuri serta jemaah surau yg lain seperti biasa, selepas shaja menunaikan solat subuh secara berjemaah, kami sama2 berkumpul duduk dalam satu majlis tazkirah utk mmperingati satu sama lain.Seingat Shumuri Muadz adalah insan yg brtindak mnjadi Muzakkir pd Subuh itu.Tazkirah pn bermula dgn bacaan Ummul Kitab.



http://www.mukmin.info/alquran/51_055.gif
"Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman. "Adz-Zariyat,55.



Setiap butir peringatan yg terpacul dr mulut saudara Muadz tentu shj menimbulkan secebis keinsafan kpd siapa jua yg memiliki hati yg mendambakan keredhaan Ilahi.Sedang shj beliau mmberi tazkirah,..Namun...


Tiba-tiba..


Beliau terdiam.Mulutnya yg basah dgn bacaan ayat2 Al-Quran itu terkunci seribu bahasa.Hanya bahasa mata yg shj yg mampu berkata2.


Di sinilah bagaimana segalanya bermula..Satu kenangan yg tak dpt dilupakan itu..


Beliau mendongak ke atas dgn capaian sudut tirus yg lebih sedikit drpd kelakuan manusia normal.Kira2nya 45 darjah ke atas Shumuri mencongak sbntar.

Dalam pada itu., jemaah masih terpinga2."What's happening?" jerit hati kecil Shumuri.(amboih, speaking plak tuh, tak bleh blah btol).Ada sesuatu yg menggangu kosentrasinya ketika itu, beliau memandang tepat ke belakang menembusi para jemaah yg terpinga2 kehairanan.Suatu keanehan berlaku, Muadz memandang tepat ke arah Jemaah Muslimat di atas!


Jemaah yg kehairanan separa serentak memandang ke belakang.

Tempat Kejadian.Kad diturunkan dari atas menggunakan tali yg diikat.

dari sudut atas

Kelihatan satu objek asing(obviously bukan makhluk asing occay!) perlahan lahan turun, dari bahagian solat muslimat di atas itu. mengaplikasikan konsep tuas yg dipelajari semasa darjah empat, objek tersebut diturunkan dgn mnjadikan dinding pembahagi sebagai tuil(pulley) bg melancarkan pergerakan.Daya geseran ataupun Friction yg trdapat pd pulley itu tiadalah pula Shumuri ambil tahu berapa kuatitinya.Mungkin saja Negligible.

Sehinggalah objek trsebut separa tergantung di awang2 an. Kelihatan pula beberapa Muslimat di atas yg lagaknya sprt Samurai bertopeng krn menutup sbhgn muka mereka mnggunakan telekung,berusaha bersungguh2 meng adjustkan objek tsebut berada dlm posisi yg sesuai.

Tempat ini dipercayai merupakan tempat persembunyian Samurai2 Subuh pd ketika itu

Setelah di amati betul2 barulah, pihak muslimin yakin bhwa objek trsebut bukanlah sesuatu yg mmbahayakan spt bom jangka, atau jerangkap samar, ataupun umpan yg digunakan utk menangkap tikus atau memancing ikan..

Tetapi sebaliknya ia adalah Sebuah Kad Comel!

yg di dalamnya ada trkandung mesej yg ringkas dan padat.


"Sila guna mikrofon"

Begitulah kira2nya bunyi mesej trsebut, yg merujuk kpd Muzakkir agar menggunakan kemudahan mikrofon bg manfaat mereka muslimat di atas yg turut sama mahu mendengar tazkirah trsebut.

Oh, rupa2nya ada sesuatu yg ingin disampaikan oleh Muslimat di atas, suatu bentuk permintaan, yg akhirnya mengundang gelak tawa pihak Muslimin di bawah, memecah keheningan subuh yg damai itu.


Inilah kad2 comel yg dimaksudkan


Lihat sahajalah peristiwa itu,.Di awal2 Subuh lagi, tatkala orang lain masing2 sedang nenyak di buai mimpi, tletak di suatu sudut di dalam kolej, Di dalam Musolla As-Saad itu sudah ada sebuah sketsa pagi yg mencuit hati yg mampu membuat kan orang2 yg terlibat senyum sorang2 apabila mengenangkan peristiwa ini. Ah, kenangan indah memang selalunya begitu!



GELOMBANG AYAT2 CINTA DI KOLEJ DAN FENOMENA KAD COMEL

Novel yg digilai oleh muda mudi KYUEM pd ketika itu



"Apa ada dengan Ayat2 Cinta?"soal seorang teman yg lebih mempersoalkan drpd menyoal.

Tidak bersetuju dgn pelajar yg begitu menggilai Novel karya HabiburRahman Elsherazy itu, sehingga ada yg sanggup mengaku diri mereka sbg watak utama di dalam novel tersebut! Obsessi apakah ini? katanya.

Maklumlah, Kolej pada ketika itu mmg hangat dgn gossip2 tentang Novel Ayat2 Cinta yg kini telah difilemkan dan telahpun ditayangkan dlm TV3 sbg rancangan box office di musim perayaan Aidilfitri tempoh hari.

Bahkan tidak disangka2 idea penciptaan kad comel tersebut juga adalah inspirasi yg diperoleh oleh seseorng drpd Novel tersebut juga. Bahagian di mana Maria sering menurunkan sebuah bakul kecil yg diikat tali dr tingkap biliknya ke bilik Fahri utk memesan sesuatu tanpa perlu turun ke bawah. Untuk lebih lanjut sila klik link di bawah

http://pacatcomel.blogspot.com/2008/09/rahsia-di-sebalik-kad-chumel.html

ZAMAN DAH BERUBAH, DUNIA MAKIN MAJU


lebih elegent

"Zaman dah berubah, dunia makin maju."Modal ini sering digunakan utk merujuk kpd perubahan pesat teknologi moden masa kini.Terpengaruh dgn iklan di televisyen barangkali.

Hal ini tak terkecuali juga terhadap apa yg berlaku pada kad comel dewasa ini. Jarang sekali kelihatan kad itu turun seperti dulu, ataupun mungkin tidak pernah lg. Kalau ada pun, jz utk meminta agar di pasangkan kipas shj.

Persoalannya, Mengapa berlaku sedemikian??


Jawapannya mudah.

"Zaman dah berubah , dunia makin maju".ini mungkin antara jwapan yg paling sesuai utk dinyatakan.

Kira2 beberapa bulan lepas, sebelum Ramadhan, Musolla sudahpun dilengkapi dgn PA system yg agak mantap, setara dgn PA system di Lecture Hall, mahupun di Great Hall.Kini, capaian serta kualiti bunyi yg di keluarkan ke speaker adalah 1000 kali lebih baik berbanding sebelumnya.

speaker baru utk bahagian muslimat.kini lebih clear!


can u spot the different? speaker lama used to be put dkt tiang tgh ni(sblh kiri gambar), tp kini di reposition ke sblh kanan yg lebih widecoverage

Bagi memudahkan gambaran., pihak muslimat tak perlu lagi bersusah payah utk turun ke bawah utk mndengar kuliah.Cukup shj dr atas, mmg sudah lebih dari jelas kedengaran setiap yg dituturkan.Dengan posisi yg wide coverage, system baru ini dilihat lebih menyeluruh dan lebih berkesan dr segi kejelasan bunyi nya.


PA System yg baru, setaraf dgn PA System di Great Hall

"Aku dah tua,..tak larat dan terbuang.." keluh si PA system lama yg sudah tak mampu brkhidmat dgn baik spt dulu.Biasalah habis madu sepah dibuang.

Apa pun., yg pasti, fenomena kad comel ini cukup itu dijadikan antara memori yg sukar utk dilupakan di KYUEM ini.Cara yg kelihatan kuno dan agak tradisional itu, walaupun mengundang gelak, namun disebaliknya terselit falsafah serta nilai yg patut kita fikir2kan.Syabas kepada inventor!


Kuno tak semestinya lapuk, moden tak semestinya beradab. Walaupun tua, atuk2 dan nenek2 kita kaya dgn sopan santun dan budi bahasanya yg tinggi.Berhikmah dlm setiap perlakuan.Berbanding muda-mudinya yg bukan shj tak cukup adab, malah terlebih biadap!



Sama2 kita renungkan..


Shumuri.blogspot.com
10.59 pm.
26 Syawal 1429 H,

Di sini tersimpan segala kenangan yg takkan dpt dilupakan bg siapa yg mengerti


P/S: Shumuri cuma terfikir kalau ada perkataan, "TQ" atau "Thanx" atau "Terima Kasih" selepas perkataan "Pasang Kipas" atau "Sila Guna Mikrofon" pada kad comel itu, tentu ia lebih comel kan? =P

Wednesday, October 22, 2008

Ku sangkakan panas sampai ke petang..rupanya..(edited)

بسم الله الرحمن الرحيم





Kusangkakan panas sampai ke petang..,



Segalanya kelihatan cerah dan baik pada pagi itu






Rupanya 'hujan' di tengah hari..




Tatkala 'awan mendung' itu berarak datang



siang yg cerah menjadi suram..





Kusangkakan panas sampai ke petang..,

Rupanya 'hujan' di tengah hari..,



mendung.

malap

kelam.

suram.

muram.

gerimis.

hujan.


ya, HUJAN akhirnya.


org kata "sesal dahulu pendapatan.."







Nasihatku ikhlas kepada teman,.

sesal dahulu pendapatan,.

sesal kemudian tiadalah berguna lagi..





p/s: motif?? KYUEM selalu hujan dewasa ini,petang dan malam selalu gerimis mengundang..tidak seperti paginya, cerah, ceria dan indah! mungkin musim 'hujan' sudah tiba agaknya

Friday, October 17, 2008

Sambutan Aidilfitri(Great Hall preparation)

بسم الله الرحمن الرحيم



(dengan ini, dianugerahkan gambar tercantik dlm post ini adalah gambar terakhir dlm entry ini, entitled 'silhouette' tq)


Susun atur dewan pd malam itu

Aidilfitri:giving & forgiving-tema raya tahun ini


Dari sudut yg jarang dicapai oleh student2 Ky mahupun ex-studentnya wpun duduk sini selama 2tahun.


Hiasan Backdrop

Sketsa




Rehearsal persembahan oleh junior pd petang itu


sketsa Aidilfitri

"Tiket bas utk balik kampung dah habis la dik.."

Hall decoration


Anjuran dgn kerjasama SC n Muscom

gotong royong menyiapkan dewan


Jutaan kuih raya yg dibawak olwh student utk malam itu


Berganding bahu utk menyiapkan dewan

Selamat Hari Raya!!

-silhouette-

"Sahabat, hidup ini penuh dgn dugaan, tabahlah kau menempuhinya"

(dapatkah anda teka siapakah mereka ini??)

Thursday, October 16, 2008